no comments

Najib Dimalukan Lagi! Dimalukan Dengan Soalan Panas Dari Wechat!

Beberapa peserta telah menyelitkan ‘soalan panas’ dalam acara dialog bersama belia Cina yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Soalan itu diajukan kepada najib, samaada beliau adalah “Malaysian Official 1″ (MO1).

Soalan-soalan itu tidak dipilih oleh jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk memilih soalan tetapi beberapa daripadanya muncul di skrin ekoran format acara tersebut.

Hadirin diminta untuk menghantar soalan melalui aplikasi WeChat, yang kemudian muncul pada skrin besar di belakang pentas. Penganjur kemudian akan menyemak senarai itu untuk memilih soalan.

Semasa proses ini, beberapa soalah berkenaan muncul di skrin tetapi tidak dikemukakan kepada perdana menteri.

Ini termasuk soalan berbunyi “Abdul Rahman Dahlan, our senior government minister in cabinet, said ‘I agree that MO1 is the prime minister’. Is that true?”.

Orang yang mengemukakan soalan itu yang menggunakan nama samaran ‘MO1’, nampaknya menghantar soalan yang sama berkali-kali, tetapi ia tidak dilayan.

Jabatan Kehakiman AS (DOJ) telah menyenaraikan MO1 sebagai salah seorang penerima dana yang didakwa disalahgunakan dari 1MDB.

Najib menafikan sebarang salah laku atau mengambil dana awam untuk keuntungan peribadi.

Satu lagi persoalan yang turut tidak dikemukakan kepada Najib ialah mengenai lanjutan khidmat Tan Sri Md Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin masing-masing sebagai Ketua Hakim dan Presiden Mahkamah Rayuan selepas melepasi had umur perlembagaan mereka 66 tahun dan enam bulan.

Dialog itu dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Huazong).

Salah seorang ahli jawatankuasa penganjur kemudian memberitahu bahawa mereka mengelak daripada memilih ‘pointed questions‘.

Ahli jawatankuasa itu menambah bahawa beberapa soalan dikumpulkan sebelum majlis itu dari dari cawangan persatuan dan NGO Cina lain dan dihantar ke WeChat oleh ahli jawatankuasa itu sendiri.

Malaysiakini

Reply