no comments

Disebalik Laporan “Najib Bakal Dipenjarakan Jika BN Kalah Pada PRU14”, Ini Kebenarannya!

Disebalik laporan berita daripada Sinar Harian mengenai “Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bakal dipenjarakan sekiranya BN kalah dalam PRU14”, sebenarnya adalah PALSU semata-mata.

Sinar Harian hari ini menafikan mengeluarkan berita tular itu yang disebarkan di media sosial memaparkan gambar Najib berserta kenyataan ‘Andai saya (Najib) kalah, saya pasti mengikut jejak Anwar Ibrahim dan mungkin akan mati dalam penjara‘ telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan platform Sinar Harian Online.

Ketua Pengarang Sinar Harian Norden Mohamed berkata, penyiaran berita palsu berkenaan itu berniat jahat dengan mengaitkan Sinar Harian Online.

“Gaya penulisan yang terpapar itu tidak mengikut gaya penulisan (house style) Sinar Harian.

“Kandungan berita itu tidak mengandungi dateline (tempat), tarikh berita ditulis dan tiada ‘watermark’ (cop) Sinar Harian pada foto yang tersiar,” katanya kepada Sinar Online.

Masthead Sinar Harian kerap digunakan sebagai penghias berita-berita palsu yang kemudiannya ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini, Najib menggesa pengamal media agar pantas menangkis “berita palsu” memburukkan kerajaan yang banyak tersebar di internet. Lebih-lebih lagi bila dah dekat nak PRU ni.

Beliau mendakwa antara pihak yang sering berbuat demikian adalah media atas talian yang menjadi suara pembangkang dan berpengaruh di kalangan golongan muda.

“Kita berdepan dengan apa yang diistilahkan sebagai ‘fake news‘ terutama sekali melalui media atas talian yang menjadi media alternatif, yang banyak mempengaruhi rakyat terutama golongan muda.

“Kenyataan dibuat pemimpin termasuk saya disalahertikan atau dikilas untuk mengelirukan rakyat,” katanya.

Sinar Harian Online

Reply