no comments

Ini Senarai 19 MP UMNO Yang Dikatakan ‘Memberi Sokongan’ Majoriti Kepada Anwar.. Benar Atau Tidak?

Semalam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baru dalam masa terdekat.

Beliau mendakwa mempunyai majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu sekali gus menumbangkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Laporan sebuah portal hari ini telah menyenaraikan 19 Ahli Parlimen daripada UMNO yang menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-9.

Antara yang disenaraikan adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak; Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar.

Bagaimanapun, setakat ini Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan sekeras-kerasnya beliau terlibat atau menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu yang diketuai Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, laporan sebuah portal berita dalam talian itu adalah tidak benar.

“Saya, Mahdzir Khalid, menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah atau terlibat menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Port Dickson, seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di facebook.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi, berkata beliau dimaklumkan ramai Ahli Parlimen UMNO dan BN yang menyatakan sokongan terhadap Ahli Parlimen Port Dickson itu.

“Saya mengikuti sidang media oleh Anwar. Sebagaimana diketahui umum, UMNO dan BN bukan parti komponen Perikatan Nasional (PN). Sokongan kepada kerajaan PN adalah sokongan daripada Ahli Parlimen sahaja.

UMNO dan BN tidak dapat menghalang Ahli-ahli Parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong Anwar yang berhasrat untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan hasrat beliau.

“Saya menghormati pendirian Ahli Parlimen berkenaan,” katanya.

Reply