no comments

Memalukan! Lihat Aksi Najib Tidur Semasa Dengar Ucapan Pembukaan ASEAN 2017

YAB Dato Seri Najib Tun Razak selaku pemimpin tertinggi Malaysia, dilihat tidur (atau tertidur) dalam Sidang Kemuncak Asean (ASEAN 2017) kali ke-31 yang berlangsung di Manila, Filipina.

Aksi memalukan itu dirakam ketika Najib duduk bersama ramai ketua-ketua dari negara lain, antaranya Donald Trump (Presiden US), Justin Trudeau (Perdana Menteri Kanada), Narendra Modi (Perdana Menteri India) dan Shinzo Abe (Perdana Menteri Jepun).

Najib yang duduk bersebelahan dengan Jacinda Ardern (Perdana Menteri New Zealand) dirakam sedang tidur ketika Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyampaikan ucapan pembukaan sidang kemuncak itu.

 

Namun Najib dilihat seperti terbangun semula dari lena akibat terkejut dengan tepukan gemuruh orang ramai sebaik sahaja Duterte selesai memberi ucapan.

Dalam rakaman video itu Najib dilhat mula menepuk tangan secara perlahan selepas tersedar dari tidur dan mendapati orang ramai semua sedang menepuk tangan.

Bagaimanapun, adakah mungkin ini adalah cara najib untuk ‘lebih menghayati’ sesuatu ucapan seperti mana yang selalu diamalkan oleh Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah?

Milo suam

Reply