no comments

Makcik ‘Naik Hantu’ Mengamuk, Orang Ramai Hilang Hormat Pada BN

Sebuah video berdurasi 1 minit 17 saat yang memaparkan gelagat seorang makcik yang mengamuk melakukan provokasi, viral di media sosial sejak semalam. Makcik tersebut kelihatan mengamuk dan menendang kelengkapan pihak parti pembangkang Malaysia iaitu parti PAS. Kekecohan tersebut berlaku tanpa sebab yang sahih namun ianya menjadi viral di media sosial.

Pada awal video kelihatan amukan makcik tersebut mengeluarkan kata kata tidak puas hati terhadap individu individu yang berada ditempat kejadian namun individu ditempat kejadian hanya berdiam diri sahaja . Kekecohan mula berlaku apabila makcik tersebut semakin mengamuk dan menendang kelengkapan dan bendera parti pembangkang iaitu parti Pas yang kelihatannya dikumpul untuk dipasangkan.

Amukan makcik tersebut menyebabkan individu ditempat kejadian turut marah namun disekat oleh individu yang lain. Makcik tersebut kelihatan memakan pakaian berwarna biru dan dari segi logo yang tertampal di baju tersebut ianya adalah logo parti Barisan Nasional iaitu parti kerajaan. Dari segi loghat didalam video tersebut seolah olah kejadian tersebut berlaku di kedah.

 

Hasil daripada video tersebut yang tular di media sosial, ianya semakin mengundang persepsi buruk terhadap parti Barisan Nasional, malah penyokong Barisan Nasional sendiri megutuk tindakan makcik tersebut kerana ianya mungkin boleh mencemarkan nama parti kerajaan tersebut.

Penafian: Info Kini bukanlah satu laman web yang pro kepada mana-mana parti politik. Kami di Info Kini cuma melaporkan insiden viral di media sosial sahaja.

Reply