no comments

KPN Sahkan Video Azmin & Haziq Adalah ASLI!

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mengesahkan video ‘sejenis’ antara Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali adalah tulen dan asli.

Bagaimanapun katanya, pihak Cybersecurity tidak dapat memastikan seratus peratus pelaku dalam video berkenaan yang tular sebelum ini.

Jawapan yang kami terima, mereka kata tulen. Tapi mereka tak dapat sahkan seratus peratus siapa pelaku-pelaku dalam video tu.

“Saya selaku ketua polis negara tidak boleh memandai-mandai… perkara itu menjadi subjek dalam perbicaraan sekiranya dibawa ke muka pengadilan.

“Saya harap orang ramai khususnya faham tentang kekangan tanggungjawab saya sebagai ketua polis negara,” katanya dalam satu rancangan televisyen terbitan RTM, malam tadi.

Beliau juga turut menafikan wujudnya campur tangan mana-mana pihak berhubung siasatan rakaman video terbabit.

Malah, beliau berkata, siasatan dijalankan pasukan khas yang ditubuhkan dibawah Jabatan Siastan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ingin saya jelaskan bahawa tiada campur tangan daripada mana-mana individu dan saya juga tidak menerima sebarang tekanan… tiada sama sekali.

“Malah siasatan dijalankan polis itu adalah mengikut SOP yang ditetapkan… tiada tekanan.”

Reply