no comments

Khairy Ikut Cadangan Tun M, Tanding Jawatan ‘Presiden UMNO’

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bakal menawarkan diri bertanding jawatan presiden UMNO pada pemilihan parti itu akhir bulan ini.

Ketua Pemuda UMNO itu dijangka menyerahkan borang pencalonan petang ini sebelum tempoh pencalonan ditutup 5 petang ini. Petang ini (17 Jun) adalah hari terakhir untuk penyerahan borang pencalonan.

Perkara itu disahkan EXCO Pemuda yang enggan dikenali.

“KJ akan tanding presiden,” katanya ringkas.

Khairy dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi dalam beberapa jam lagi.

Semalam Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li menawarkan diri bertanding jawatan sama selepas meneliti kedudukan UMNO dan memperhalusi implikasi terhadap keputusan itu terutama mengenai perkara berkaitan soal kepemimpinan.

Langkah Khairy itu menjadikan jawatan Presiden UMNO bakal menyaksikan persaingan empat penjuru antara beliau, Ku Li dan pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid.

Di samping itu, blogger, Rahmat Azim Abdul Aziz turut menyatakan hasrat sama dan sudah mengemukakan borang pencalonan.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Khairy Jamaluddin adalah calon terbaik untuk menerajui parti itu.

Tun M membayangkan, Khairy (KJ) merupakan calon yang layak memegang jawatan tersebut berikutan keadaan Umno kini yang dilihat kucar-kacir sehingga tidak dapat menentukan hala tuju perjuangan parti.

“Saya rasa Khairy calon terbaik… (jawatan) Presiden Umno ialah Khairy Jamaluddin.”

Reply