no comments

Kerabu Mangga

Kerabu Mangga

Bahan-bahan:

– Mangga muda (2 biji).
– Daun kesum.
– Bunga kantan (1 batang)
– Serai (1 batang).
– Kelapa parut goreng tanpa minyak (1 cawan).
– Bawang merah (3 ulas).
– Bawang besar (1 biji).
– Cili merah (1 biji).
– Cili padi (4 biji).
– Udang kering (2 sudu).
– Sos ikan (1 sudu).
– Jus limau nipis (1 sudu).
– Gula (secukup rasa).
– Garam (secukup rasa).

Cara Membuat:

1. Potong mangga muda halus memanjang.

2. Campurkan mangga dengan garam dan air. Gaul sebati dan biar seketika untuk kurangkan rasa masam. Toskan airnya.

3. Hiris nipis bawang merah, bawang besar, cili merah, cili padi, bunga kantan, serai dan daun kesum.

4. Tumbuk serai hingga hancur diikuti dengan udang kering. Masukkan air limau nipis dan tumbuk sebati.

5. Masukkan mangga ke dalam mangkuk, bersama bahan ditumbuk, kelapa parut goreng, bahan dipotong, gula, garam dan sos ikan.

6. Gaul sehingga sebati dan hidangkan.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close