no comments

Kecoh Dalam Masjid, Orang Kampung Mahu Pukul Wan Ji?

Satu ceramah di Melaka tergendala sebentar apabila ada sekumpulan yang membantah program yang akan disampaikan oleh penceramah bebas Wan Ji.

Kejadian berlaku di Masjid Ar Rahman di Kampung Parit Melana di Durian Tunggal, dan bantahan dianjurkan Gerakan Pembela Ummah negeri itu.

Menurut siaran langsung di Facebook, kumpulan itu masuk ke dalam masjid untuk mendesak ceramah dihentikan namun kira-kira belasan polis berkawal dengan membuat barisan untuk menghalang mereka ke bahagian depan.

“Ini rumah Allah… Kalau nak dengar, tak apa tapi kalau nak buat masalah, saya tak benarkan,” kata seorang anggota polis.

Seorang lagi anggota polis pula berkata pihak lain juga boleh mengadakan program ceramah kerana “semua ada hak”.

Selepas kira-kira sepuluh minit, kumpulan tersebut kelihatan akur dan mula keluar dari masjid.

Wan Ji kemudian meneruskan ceramahnya. Beberapa polis kekal berkawal dalam masjid, sementara para pembantah berada di perkarangan sebelum beredar.

Terdahulu, sebelum ketibaan Wan Ji, beberapa puluh orang berkumpul di luar masjid untuk membantah program itu.

wan ji kena pukul

Dalam perkembangan sama, seorang pengguna di facebook berkongsi satu video dengan berkata, ” wanji ade kat. masjid aku sekarang.. orang kampung nak pukul dia”.

Terdahulu, Wan Ji atau nama sebenarnya Wan Ji Wan Hussin dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk penangguhan hukuman penjara setahun setelah membuat rayuan.

Wan Ji, 37, sebelum ini dihukum penjara setahun, atas kesalahan menerbitkan perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor, tujuh tahun lalu.

Reply