no comments

Kamu Janganlah Provoke Presiden dan Timbalan Presiden, kata Azmin

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat(PKR), Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali berkata beliau dan PresidenParti Keadilan Rakyat(PKR), masih lagi satu pasukan.

Beliau juga menggesa agar pihak media tidak melaga-lagakan mereka berdua.

“Ya, dia adalah presiden parti dan saya timbalannya.

“Kamu (media) janganlah provoke presiden dan timbalan presiden, kami sudah bersama untuk sekian lama,” katanya kepada pemberita selepas acara Majlis Doa Kesyukuran untuk Mohamed Azmin Ali, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam, malam ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar di pemukiman PKR di Port Dickson hari ini bahawa mereka berdua dalam “satu pasukan”.

Azmin tidak hadir di pemukiman tersebut. Menurutnya beliau ada “urusan rasmi di luar negara” dan baru pulang hari ini.

Sejumlah pemimpin PKR yang menyokongnya juga tidak hadir.

Turut hadir dalam masjlis doa kesyukuran itu ialah pemimpin PKR yang dilihat sebagai penyokong Azmin antaranya Menteri Besar Selangor Amirudin Shari; Adun Gombak Setia Hilman Idham; Exco Pulau Pinang, Afif Bahardin; Naib Presiden PKR Tian Chua, Exco Selangor Elizabeth Wong, Menteri Luar Saifuddin Abdullah, Timbalan Speaker Rashid Hasnon dan Khalid Jaafar.

Selain itu Setiausaha Politik Perdana Menteri Abu Bakar Yahya dan Khairuddin Abu Hassan, yang dilihat sebagai penyokong setia Mahathir, turut hadir.

Beberapa hari lalu, di tengah-tengah kes klip video sek$ yang mengaitkan Azmin, Khairuddin membuat laporan polis bagi menggesa menyiasat klip video sek$ yang pernah dikaitkan dengan Anwar beberapa tahun lalu.

PKR untuk beberapa tempoh terbahagi kepada penyokong Anwar dan Azmin namun keadaan itu kelihatan bertambah buruk sejak beberapa bulan ini susulan tersebarnya video sek$ yang mengaitkan Azmin.

Bagaimanapun Anwar semalam dalam kenyataan menyambut baik makluman polis bahawa Azmin tidak terlibat dalam video itu.

Hari ini pula beliau berkata mereka berdua “perlu bekerjasama sebagai satu pasukan, mengadakan mesyuarat dan perbincangan secara tetap”.

“Ia adalah satu pasukan. Beliau (Azmin) mendapat mandat dalam pilihan raya parti (sebagai timbalan presiden),” kata Anwar di akhir pemukiman PKR hari ini.

Pada masa sama, sejumlah 120 pemimpin PKR menandatangani resolusi menyokong penuh kepimpinan Anwar sebagai presiden PKR.

Diharap supaya hubungan antara Presiden dan Timbalan Presiden PKR itu akan bertambah baik selepas ini memandangkan lebih banyak lagi isu-isu penting perlu diberi perhatian berbanding krisis seperti ini. Negara Malaysia memerlukan sokongan dan dokongan ramai bagi memulihkan lagi kerosakan yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

Reply