no comments

Tak Betul: ‘Jumpa Tun M Bukan Minta Nasihat Pun” – Zahid Hamidi

Berhubung pertemuan dengan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Putrajaya pada 7 Jun lalu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan perbicaraannya untuk meminta nasihat.

Perdana Menteri, Dr Mahathir sebelum ini memberitahu Ahmad Zahid telah meminta nasihatnya tentang bagaimana untuk mentadbir Umno.

Bekas Timblan Perdana Menteri itu menegaskan tidak pernah meminta nasihat daripada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menguruskan Umno.

“Saya tidak pernah meminta nasihat untuk Tun (Mahathir) beritahu saya bagaimana untuk menguruskan Umno.

“Saya dan rakan-rakan tahu bagaimana untuk menguruskan parti kami sendiri,” katanya pada sidang media pada majlis Hari Raya Umno Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Ahmad Zahid bagaimanapun enggan mengulas lanjut intipati perbincangannya dengan Dr Mahathir yang disifatkan sebagai pertemuan peribadi empat mata.

Terdahulu, seorang lagi calon presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah secara tidak langsung menempelak pertemuan antara pemangku presiden Umno dan Dr Mahathir itu.

Pemimpin veteran Umno itu berkata, beliau sesekali tidak akan merayu kepada Dr Mahathir untuk mendapatkan nasihat jika beliau pemangku presiden Umno.

Sebagai rekod, Ahmad Zahid dan Tengku Razaleigh merupakan antara calon presiden Umno berdepan pemilihan parti itu nanti selain seorang lagi calon popular iaitu Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Dalam kehangatan pemilihan presiden baru parti itu, zahid berkata; tiada keperluan untuk mengadakan debat antara calon yang bertanding.

Menurut beliau, parti itu tidak perlu mengikut sistem parti Demokrat atau Republikan di Amerika Syarikat dengan mengadakan perdebatan antara calon-calon presiden.

“Kita tidak berhasrat untuk mengikut sistem parti Demokrat atau Republikan, bagi adakan perdebatan antara calon-calon presiden.

“Kerana acuan politik kita adalah acuan keluarga. Parti kita parti terbesar orang Melayu, jadi eloklah jika ada isu-isu kita mahu raikan perbezaan kita buat di halaman rumah kita sendiri,” katanya.

Reply