no comments

Inilah Senarai 13 Ahli Parlimen Yang Bangun Menolak Bajet 2021.. Lawan Titah Agong?

Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan/Bajet 2021) yang menarik perhatian ramai akhirnya diluluskan di peringkat dasar pada persidangan Dewan Rakyat hari ini dengan sokongan majoriti ahli Parlimen.

Belanjawan 2021 yang pertama dibentang di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diluluskan dengan sebulat suara manakala kurang 15 ahli Parlimen tidak bersetuju.

RUU itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang tanpa melalui undian belah bahagi.

Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, pada jam 3.28 petang tadi.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar cuba meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun untuk melaksanakan proses pengundian menerusi kaedah undi belah bahagi.

Bagaimanapun, cadangan Mahfuz gagal apabila hanya 13 ahli Parlimen daripada pembangkang yang menyokong cadangan undi belah bahagi daripada jumlah sepatutnya diperlukan, 15 ahli Parlimen.

Sokongan itu diperoleh daripada kesemua empat anggota parlimen Pejuang, enam daripada Amanah dan masing-masing satu daripada PKR, DAP dan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Senarai 13 Ahli Parlimen tidak menyokong Belanjawan 2021 dan memohon untuk undi belah bahagi ialah, Tun Dr Mahathir Mohamad (Pejuang – Langkawi); Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Pejuang – Jerlun); Datuk Mahfuz Omar (Amanah – Pokok Sena); Khalid Samad (Amanah – Shah Alam); Hanipa Maidin (Amanah – Sepang); Mohamad Sabu (Amanah – Kota Raja); Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa (Amanah – Parit Buntar); Datuk Hatta Ramli (Amanah – Lumut); Datuk Anuar Tahir (Amanah – Temerloh); Datuk Dr Dzulkefly Ahmad (Amanah – Kuala Selangor); Datuk Hasanuddin Yunus (Amanah – Hulu Langat); Hasan Bahrom (Amanah – Tampin); dan Datuk Seri Salahuddin Ayub (Amanah – Pulai).

Tindakan 13 ahli Parlimen pembangkang itu membuktikan bahawa mereka seolah-oleh mengkhianati titah Yang Di-Pertuan Agong.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah menyeru ahli-ahli Dewan Rakyat menghormati titah nasihat Seri Paduka untuk mereka memberhentikan segera segala perbalahan politik dan sebaliknya mengutamakan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan.

Seri Paduka mengingatkan ahli-ahli Dewan Rakyat bahawa sengketa politik untuk kepentingan peribadi masing-masing akan merugikan negara dan seluruh rakyat akan menjadi mangsa pada ketika negara masih lagi bergelut menghadapi ancaman wabak Covid-19 ini.

Baginda turut  menegaskan bahawa Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Parlimen adalah amat penting kepada kerajaan dan pihak-pihak berkuasa khususnya petugas barisan hadapan.

Dalam pada itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik anggota parlimen bukan kerajaan yang tidak bangun menyokong undi belah bahagi untuk pengundian Belanjawan 2021 itu.

“Kerajaan yang didirikan melalui rasuah dan sogokan pada ahli parlimen, dan kerajaan yang korup boleh pula disokong oleh ahli parlimen pembangkang tanpa sedikitpun berasa bersalah kerana mungkir janji kepada rakyat.

“Inilah apa yang telah berlaku di Dewan Rakyat hari ini,” katanya.

Menulis di blognya, Mahathir berkata semua anggota parlimen yang bangun, termasuk semua daripada Pejuang, tetap berpegang kepada janji.

“Apabila kami mengambil pendirian, kami tidak berganjak atas dasar amanah dan tanggungjawab kami sebagai wakil kepada rakyat,” katanya.

Dia menegaskan pendiriannya yang tidak berganjang menolak Belanjawan 2021.

Sementara itu, Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata dia telah meminta Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk tidak melakukan undi belah bahagi pada Belanjawan 2021 hari ini.

Ini kerana kata Anwar, dia tidak mahu dilihat menolak insentif baru yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Namun, Anwar berikrar pihaknya akan meminta undi belah bahagi diadakan semasa peringkat jawatankuasa ketika anggota parlimen membahaskan perbelanjaan setiap kementerian.

Menjelaskan tindakannya setelah mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan, Anwar berkata gabungan itu tetap menentang belanjawan yang dibentangkan Perikatan Nasional (PN).

Kelulusan RUU itu akan membolehkan kerajaan menggunakan dana di bawah Kumpulan Wang Disatukan untuk tujuan perbelanjaan negara bagi tahun depan.

Kerajaan turut mengumumkan Program i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diperluaskan kepada semua ahli yang menghadapi masalah kewangan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, seramai lapan juta pencarum KWSP layak untuk mengeluarkan wang mereka sehingga RM10,000.

“Saya dengar kesusahan rakyat di media sosial termasuk tuntutan semua Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan Program i-Sinar diperluaskan kepada ahli terjejas pendapatan tidak kira hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan.

“Mereka layak memohon pengeluaran tanpa mengira sektor,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 peringkat dasar di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, had pengeluaran i-Sinar KWSP juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000 membabitkan peruntukan RM70 bilion.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close