no comments

Annuar Musa Dedah UMNO Kerjasama Dgn DAP & Anwar Utk Bentuk Kerajaan, Siap Sign SD Sokongan Lagi..

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mendedahkan UMNO kini bersiap sedia untuk bekerjasama dengan DAP dan Anwar untuk membentuk kerajaan baru.

Beliau mengesahkan bahawa ahli parti itu telah bertemu dengan pemimpin DAP untuk membincangkan perkara itu.

Ahli Parlimen Ketereh, yang disingkirkan sebagai setiausaha agung itu mendedahkan perkara itu dalam satu sidang akhbar hari ini.

Dedahnya, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi telah membuat perakuan bertulis menyatakan sokongannya kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Menurutnya, akuan itu juga dipersembahan kepada Yang di-Pertuan Agong sekaligus bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya mengesahkan wujudnya sokongan secara hitam putih oleh presiden Umno kepada Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan PN yang dianggotai BN.

“Akuan itu dialamatkan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya pada sidang media itu.

Sidang media berkenaan diadakan sehari selepas ahli parlimen Ketereh itu diketepikan daripada jawatannya sebagai setiausaha agung BN.

Annuar berkata, tindakan diambil Ahmad Zahid itu merupakan percubaan dan perundingan yang melibatkan DAP dalam apa yang diistilahkan pembentukan jajaran baru politik.

“Percubaan menggugat kestabilan kerajaan PN berkali-kali yang menyebabkan terjejasnya hubungan baik terutamanya antara Umno, PAS dan Bersatu yang merupakan parti teras yang telah mewujudkan Perpaduan Melayu dan Islam di negara ini,” katanya.

Menjelaskan pemecatannya semalam, menteri Wilayah Persekutuan itu berkata dia menerima keputusan dibuat Ahmad Zahid selaku pengerusi BN dan ia dimaklumkan kepadanya melalui WhatsApp pada jam 1.51 petang.

Katanya, beliau reda melepaskan jawatan berkenaan untuk tidak bersekongkol dengan gerakan-gerakan yang tidak selari dengan keputusan rasmi Majlis Tertinggi Umno.

“Dengan perbezaan prinsip ini, adalah lebih baik saya tidak bersubahat dengan halatuju Ahmad Zahid Hamidi.

“Dengan tidak lagi menjadi SU Agung BN saya lebih bebas bertindak dan membuat pendirian politik mengikuthati nurani dan ‘conscience’ saya sendiri bersama rakan-rakan yang sealiran.

“Justeru, saya dengan penuh reda menerima pemecatan ini dan berserah kepada Allah SWT,” katanya.

Dia berkata, keputusannya itu berikutan beberapa perkara, peristiwa dan dasar yang menuntutnya mempertahankan prinsip serta pendirian politiknya secara tegas dan berterus terang.

Antaranya, Annuar menggaris tujuh perkara utama.

– Sokongan secara hitam putih kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai BN.

– Percubaan dan perundingan yang melibatkan DAP dalam apa yang diistilahkan pembentukan jajaran baru politik.

– Percubaan menggugat kestabilan kerajaan PN berkali-kali yang menyebabkan terjejasnya hubungan baik terutamanya antara Umno, PAS dan Bersatu yang merupakan parti teras yang telah mewujudkan perpaduan Melayu dan Islam.

– Situasi ‘flip-flop’pimpinan khususnya Pengerusi BN dalam perkara-perkara dasar berhubung Muafakat Nasional (MN) sehingga berlaku kesamaran dan kekaburan dalam halatuju MN.

– Seruan demi seruan untuk dibubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya dalam situasi rakyat menderita akibat penularan pandemik Covid-19 dan tekanan ekonomi yang sangat berat.

– Kegagalan pimpinan mewujudkan keharmonian dan ketertiban dalam parti, dimanaberterusan bertelagah secara terbuka telah menyebabkan terhakisnya keyakinanrakyat terhadapvisi yang dibawa oleh parti.

-Keputusan-keputusan parti seperti ‘No DAP’, ‘No Anwar’, sokongan ‘en-bloc’ kepada kerajaan PN dan lain-lain telah tidak dihormati.

Dengan tidak lagi menjadi setiausaha agung BN, katanya, dia lebih bebas bertindak dan membuat pendirian politik mengikut hati nurani saya sendiri bersama rakan-rakan yang sealiran.

“Saya akan terus berjuang atas wadah perjuangan Umno dan akan terus menyumbang ke arah Umno yang bermaruah, berintegriti dan kekal memimpin penyatuan ummah dan menunjangi permuafakatan nasional,” katanya.

Reply