no comments

Ini Alasan WIN Dari Mat Sabu, Kenapa Ramai Yang Tak Datang Berhimpun Semalam

Jumlah kehadiran penyokong dalam himpunan yang diajurkan oleh Pakatan Harapan (PH) hambar. Jauh meleset dari sasaran iaitu didakwa sekitar 25% sahaja yang hadir.

Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu menyifatkan kehadiran yang rendah pada perhimpunan antikleptokrasi itu semalam disebabkan kurangnya penyertaan daripada kalangan belia yang lebih gemar perarakan, bukannya ceramah semata-mata.

“Belia tidak suka perhimpunan seperti ini yang menyaksikan siri ceramah. Mereka lebih suka berarak di jalan,” kata beliau.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah ini, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, diminta mengulas mengenai jumlah peserta pada perhimpunan “Love Malaysia, End Kleptocracy”.

Pakatan Harapan (PH) meletakkan sasaran menghimpunkan 100,000 orang di Padang Timur. Bagaimanapun, menurut mereka, program itu hanya menarik kira-kira 25,000 orang sahaja walaupun polis meletakkan angka sekitar 4,000.

Namun Malaysiakini menganggarkan jumlah hadirin paling tinggi hanya kira-kira 8,000 orang sahaja.

 

Jumlah kutipan bagi sumbangan dana pula ialah RM68,329. Wang itu akan digunakan untuk menampung kos penganjuran himpunan, dan bakinya diagihkan kepada empat parti komponen HARAPAN.

Perarakan jalanan masa-masa lalu, seperti yang dianjurkan oleh Bersih 2.0, sebuah kumpulan reformasi pilihan raya, berlangsung di Dataran Merdeka, yang terletak di tengah ibu kota.

Tetapi Mat Sabu berkata beliau gembira walaupun jumlah yang hadir adalah rendah.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan mengadakan perhimpunan yang sama sebelum pilihan raya umum akan datang.

FMT

Reply