no comments

“GST Baru 6% Dah Bising, India 28%. Barang Naik Bukan Salah Kerajaan, Tapi Peniaga” – Najib

Perdana Menteri Najib Razak, dalam mesyuarat agung tahunan MIC hari ini berkata, rakyat Malaysia tidak suka bayar cukai lebih tapi mereka hanya berminat dengan makanan dan cuti umum.

Beliau turut mengingatkan bahawa di India rakyat mereka perlu membayar cukai barangan dan perkhidmatan sebanyak 28%, berbanding di Malaysia iaitu 6%.

“Saya terima pandangan soal PTPTN. Kita akan kaji lebih mendalam lagi sebab ini bukan sahaja masalah kaum India tapi (masalah) semua komuniti.

“Kita tak boleh tambah cukai. Rakyat Malaysia tak suka. Mereka suka cuti umum, makan. Mereka tak suka bayar lebih banyak cukai.

“GST di India 28%. Please remember that (tolong ingat tu). Kita baru 6% itu pun dah riuh-rendah – bising. Marah kerajaan,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 2,000 perwakilan MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Tambahnya, ia (masalah kenaikan barang) bukan salah kerajaan sebaliknya peniaga yang sering menaikkan harga barang dan menuding jari kepada kerajaan.

GST diperkenalkan pada 1 April 2015 dengan kadar 6%.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dilaporkan berjaya memungut hasil kutipan cukai GST sebanyak RM41.2 bilion berbanding sasaran yang ditetapkan sebanyak RM39 bilion pada tahun lalu.

Najib berkata demikian sebagai respons kepada ucapan dasar Presiden MIC Dr S. Subramaniam yang mencadangkan agar jawatankuasa Malaysian Indian Blueprint (MIB) menyediakan mekanisma pembiayaan tambahan bagi menyokong pelajar India daripada golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

“PTPTN telah membantu ramai pelajar khasnya daripada golongan kurang berada dan miskin. Tetapi bagi sesetengah bidang pengajian yang profesional, pinjaman yang diberikan tidak mencukupi,” katanya.

 

Dalam ucapannya itu, Najib turut menggelarkan dirinya sebagai “Bapa Pembangunan India” meskipun bukan berasal dari Kerala, seolah-olah merujuk kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Najib berkata, ini kerana beliau mengambil berat hal-hal berkaitan kaum India di Malaysia.

“Walaupun bapa saya atau datuk saya bukan dari Kerala, tapi saya digelar bapa pembangunan India,” katanya ketika perhimpunan agung MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

– Malaysian Insight, KiniTV

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close