PADAH! Edit, Hina Gambar Najib & Rosmah, LIHAT Apa Yang Menimpa Kepada Lelaki Warga Tua Ini!
Padah edit, upload dan hina gambar Perdana Menteri Najib bersama Isterinya Rosmah di laman sosial, seorang lelaki warga tua ditahan pihak polis semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata tangkapan ke atas lelaki berusia 58 tahun itu dibuat di sebuah rumah di Persiaran Capsquare, pada jam 9.45 malam.
Difahamkan, suspek adalah seorang bekas pensyarah kolej swasta di Kuala Lumpur.
Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Mahkamah telah membenarkan reman tiga hari terhadap suspek hingga selasa depan untuk siasatan lanjut.
Wan Ahmad Nadmuddin berkata, “saya ingin menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang kenyataan dan memuat naik gambar yang boleh mengaibkan mana-mana individu.”
Terdahulu, suspek dikatakan memuat naik gambar Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor yang diubah suai dengan berpakaian menyerupai penganut agama Hindu.
Perbuatan itu mendatangkan kemarahan netizen yang mahu tindakan diambil pihak berkuasa terhadap lelaki itu kerana telah melakukan satu penghinaan.
–BHarian Online