no comments

Dorayaki

Dorayaki

Bahan-bahan:

– 100 gram tepung gandum.
– 60gram gula.
– 2 biji telur.
– 2 sudu teh madu.
– Setengah sudu kecil soda bikarbonat.
– Setengah sudu kecil esen vanilla.
– Setengah sudu teh minyak masak.
– 50ml susu segar/susu cair (boleh ditambah jika adunan terlalu pekat).

Inti

Inti kacang merah dan boleh juga menggunakan inti lain seperti coklat, blueberry, strawberry dan lain-lain (mengikut citarasa).

Cara Membuat:

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang.

2. Masukkan madu, esen vanilla dan minyak. Kacau hingga sebati.

3. Setelah sebati masukkan tepung bersama soda bikarbonat yang telah diayak bersama. Kacau adunan hingga sebati.

4. Masukkan susu cair/susu segar dan kacau sebati (boleh ditambah susu cair/susu segar jika adunan terlalu pekat).

5. Panas kuali ‘non stick’. Tuangkan adunan ke dalam kuali dan bentukkan bulat. Ketebalan mengikut citarasa.

6. Apabila permukaan bawah adunan telah berwarna keperangan dan permukaan atas pula nampak gelembung seperti buih bolehlah diterbalikkan.

7. Sapukan inti pada sebelah pancake dan tutup dengan satu lagi pancake. Sedia untuk dinikmati.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close