Calon BN Ceramah Seorang Diri, Orang Sekeliling Anggap Orang Gila
PRU14 akan berlangsung pada 9 Mei 2018 ini dan sekarang bahang Pilihanraya semakin kelihatan. Di semua tempat tidak kira di bandar atau di kampung, banyak poster-poster dan bendera parti mula bertebaran.
Kemeriahan Pilihanraya Umum Ke-14 sudah mencapai kemuncaknya apabila baru-baru ini 28 April 2018 telah berlangsungnya penamaan calon yang bertanding.
Setelah selesainya penamaan calon itu, maka sekarang adalah waktu untuk calon yang bertanding membuat kempen pilihanraya.
Pelbagai cara kempen yang dilakukan antaranya adalah ceramah umum di tempat awam.
Namun, apa yang mencuit hati baru-baru ini tular video di media sosial bahawa salah seorang wakil dari Barisan Nasional dan MCA telah berucap diatas pentas namun tidak dihiraukan seorangpun yang berada di tempat kejadian.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku di kawasan menara condong Teluk Intan, Perak yang mempunyai ramai rakyat Malaysia yang berbangsa cina.
Ceramah tersebut juga boleh didengar menggunakan bahasa cina dan orang orang di sekeliling juga kelihatan kebanyakan berbangsa cina yang lalu lalang dan membeli barangan makanan di sekitar kawasan ceramah tersebut.
Menurut netizen penduduk di kawasan tersebut, mereka menjelaskan bahawa bangsa cina di kawasan tersebut sudah lama menolak MCA dan BN namun tidak pasti kesahihannya.
Video yang diletakkan kapsyen “orang gila bercakap seorang diri” telah berjaya menarik perhatian ramai.
Video tersebut menjadi tular kerana kapsyen tersebut dan menjadi bahan jenaka netizen yang mengganggap perkara tersebut melucukan dan ada juga yang meluahkan rasa simpati kepada lelaki yang berucap didalam ceramah tersebut.
Penafian: Info Kini bukanlah satu laman web yang pro kepada mana-mana parti politik. Kami di Info Kini cuma melaporkan insiden viral di media sosial sahaja.