no comments

(Video) Kejutan Rosmah Di Parlimen, Muka Najib Nyaris Terbakar

Isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor membuat kejutan di Parlimen buat suaminya (Najib Razak) sempena sambutan hari lahirnya ke-65 hari ini.

Sambutan sederhana itu dihadiri turut Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa anggota parlimen BN sambil disaksikan sekumpulan pengamal media yang merakam detik itu.

Turut kelihatan dalam acara itu juga ialah pelakon Johan As’ari dan pengarah Ellie Suriati Omar serta bekas anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Anina Saadudin.

Sebuah kek dengan logo 1Malaysia serta tulisan “Thank You Sir Datuk Seri Najib Razak” dihidangkan di atas meja.

Sebelum acara memotong kek, hadirin terlebih dahulu menyanyikan lagu ‘Selamat hari lahir’ kepada Najib.

Bagaimanapun, muka Najib nyaris terkena percikan bunga api ketika diminta meniup bunga api di atas kek yang terpapar gambar wajahnya. Bunga api yang dinyalakan tiba-tiba terpercik deras dan hampir menyambar mukanya.

Namun, tindakan refleks pantas Najib sempat mengelak daripada terkena percikan api tersebut.

Najib tidak panik malah ketawa besar dengan situasi itu.

 

Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor sempat berpesan kepada tetamu yang menyalakan bunga api itu agar lebih berhati- hati.

“Terbakar juga muka laki (suami) aku,” pesan Rosmah sambil memegang bahu tetamu itu.

Pada akhir upacara tersebut, Rosmah tidak melepaskan peluang menyuap sepotong kek kepada suami tercinta.

“Saya ucapkan yang terbaik untuk beliau dan juga untuk keluarga kami.

“Saya mahu anda semua tahu bahawa keluarga sangat menyayangi beliau dan kami percaya beliau di pihak yang benar,” katanya.

Najib juga didendangkan dengan sebuah lagu serta muzik video yang bertajuk ‘TQ Sir’ yang dihasilkan bagi menghargai jasa bekas perdana menteri berkenaan.

“Saya tak sangka ada sebuah video dengan seni kata yang mencuit hati saya.”

“Saya anggap ini sebagai satu usaha bukan bagi diri saya tetap pengiktirafan atas segala yang telah dilakukan kerajaan sebelum ini terutamanya Dasar Transformasi Nasional,” kata Najib ketika memberikan ucapan sempena sambutan hari lahir anjuran syarikat produksi Metamorphosis Global Studi Sdn Bhd itu.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close