no comments

Terkejut Beruk! Rupanya Monyet Rembat Phone, Lepastu Selfie & Rakam Video.. Hasilnya Cukup Mengejutkan

Pasti menggelabah kan? bila telefon anda gunakan sehari-hari, tiba-tiba hilang tanpa jejak. Lebih menghairankan bila phone itu bukanlah hilang ditempat awam, tapi di bilik anda sendiri! Nak katakan dimasuk pencuri, tapi tiada sebarang tanda-tanda dipecah masuk. Mesti pelik kan? Itulah yang berlaku kepada seorang pelajar UiTM, Muhammad Zackrydz Mohd Rodzi.

Misteri kehilangan smartphone model Apple iPhone XS Max milik remaja itu pada sabtu lalu akhirnya terungkai pada keesokkannya.

Apa yang mengejutkan, ia tidak dicuri oleh mana-mana individu, sebaliknya dilarikan oleh seekor monyet yang berkeliaran di kawasan kediamannya di Batu Pahat, Johor.

Menurut Muhammad Zackrydz, dia sama sekali tidak menyangka peranti itu akan dilarikan haiwan berkenaan.

Lebih melucukan, monyet tersebut turut merakam beberapa video dan swafoto sebagaimana yang dikongsinya di laman Twitter.

“Telefon hilang sewaktu saya sedang tidur pada pagi Sabtu. Dalam hati memang ingat pencuri. Tapi pelik sebab casing telefon ditinggalkan bawah katil.”

“Terfikir toyol, tapi tak mungkin toyol curi telefon. Esoknya pada Ahad, ayah kata ada monyet kat kawasan rumah. Saya macam terfikir, kalau-kalau ia dilarikan monyet.”

“Saya pusing kawasan belakang rumah, abang saya cuba call dan saya dengar nada dering telefon. Makin jauh ke kawasan hutan, makin kuat bunyi. Memang betul telefon saya! ia ditinggalkan atas pelepah sawit,” ceritanya.

Katanya, dia yang lega dengan penemuan itu memeriksa keadaan telefonnya sebelum menyemak galeri sehingga terjumpa rakaman video dan gambar oleh haiwan berkenaan.

Biarpun terhibur, dia turut terkejut dan sama sekali tidak menyangka seekor monyet mampu menggunkan fungsi dalam telefon itu seperti manusia biasa.

“Masa jumpa tu, telefon saya berlumpur. Syukur dah jumpa, rasa gembira. Bila saya periksa galeri, ada selfie monyet tu.”

“Ada video biasa, video slowmotion, video timelapse. Keseluruhan dalam empat video berbeza-beza durasi. Gambar lebih 20 rasanya.”

“Memang terkejut, tak sangka benda pelik ni berlaku. Bijak sangat monyet tu. Sebelum ini memang tiada monyet di kawasan rumah saya. Ini kali pertama tengok monyet di kawasan ini.”

“Monyet tu masuk rumah saya melalui tingkap belakang. Saya pelik juga, kalau pencuri, banyak lagi benda berharga lain. Tapi semua ok, telefon saya je yang hilang,” kata Zack.

 

Kejadian menarik ini juga telah mendapat liputan daripada media antarabangsa, BBC.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close