no comments

Hasrat Buat Kejutan Selepas Lama Tak Pulang Rumah Kerana Kerja, Lelaki Ini Meraung Lihat Ayah Sudah Tiada

Sebagai seorang anak, sudah tentunya kita mahu lakukan yang terbaik dan berusaha membahagiakan kedua ibu bapa kita selagi mereka masih ada.

Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki ini apabila dia mahu membuat kejutan untuk bapanya sempena Hari Bapa. Namun, segala-segalanya bertukar menjadi hari yang menyedihkan dalam hidupnya.

Menurut sumber, lelaki berkenaan sudah beberapa lama tidak pulang ke rumah kerana kekangan kerja. Namun, apabila tiba di rumah, dia mendapati bapanya sudah pergi buat selama-lamanya.

Lelaki itu lantas memeluk dan cuba mengejutkan bapanya sambil meraung kesedihan.

Dalam satu rakaman video menunjukkan lelaki itu turut membawa hadiah dan belon semata-mata untuk meraikan Hari Bapa bersama-sama. Beberapa individu dipercayai ibu dan adik-beradik lelaki itu cuba untuk memujuknya supaya bersabar menerima dugaan takdir.

Video itu kemudiannya dimuat naik dan mendapat lebih daripada jutaan tontonan.

 

Rata-rata netizen yang turut sebak mendoakan agar lelaki itu dan keluarganya dapat menerima takdir seadanya dan dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala.

Benarlah kata orang, bila mak ayah kita meninggal, pada awalnya kita akan menangis sepuasnya. Tangisan kita akan digantikan dengan rasa sedih dan bila perasaan sedih itu berlalu, akan hadir pula rasa rindu.

Dan waktu itu baru kita kenal erti menanggung rindu yang tak berpenghujung. Buat mereka yang masih ada ibu bapa,  curilah sedikit masa untuk pulang menjenguk mereka biarpun selalu sibuk dengan kerja. Kelak menyesal tiada guna.

Reply