no comments

Kerajaan Langgar Peraturan! Papar Bendera Politik ‘BN’ Di Skrin TV Parlimen!

Berhubung entiti bendera parti politik ‘Barisan Nasional‘ dalam Dewan Rakyat ketika pembentangan Bajet 2018 yang disiarkan secara langsung Jumaat lalu, pihak Parlimen telah pun menyiasat perlanggaran peraturan tersebut.

Siasatan itu dibuat susulan usul yang timbulkan MP Kasthuri Patto (DAP-Batu Kawan) agar perkara itu disiasat.

“Selepas belanjawan dibentang oleh perdana menteri, selepas ucapan beliau lambang BN terpapar dalam skrin di Dewan Rakyat. Adakah tindakan ini wajar dan dibenarkan di dewan yang mulia ini?

“Saya memohon budi bicara agar siasatan dibuka untuk mengenalpasti bagaimana logo sebuah parti politik boleh ada dalam dewan semasa persidangan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed Said kemudian bersetuju agar perkara itu disiasat.

“Baiklah, setiausaha akan menyiasat dan menyelidik perkara ini dan maklumkan kembali kepada YB,” katanya.

Kasthuri memuatnaik gambar tersebut di laman Facebooknya pada Jumaat lalu, selepas pembentangan Bajet 2018.

Dalam sidang media kemudian, Kasthuri berkata itulah kali pertama beliau melihat perkara sedemikian sejak mula menjadi anggota parlimen pada 2013.

“Ketika pembentangan perdana menteri mengungkapkan inisiatif dan insentif, (pada masa sama) bendera BN dipaparkan di skrin tersebut. Ia adalah belanjawan negara (oleh kerajaan) bukannya belanjawan BN.

“Adakah ini bererti BN sudah terdesak dan menggunakan apa sahaja cara untuk menunjukkan logo mereka kepada rakyat?” soalnya.

Beliau berharap siasatan akan dapat mengenalpasti pihak yang menjadi punca pemaparan logo BN di Dewan Rakyat itu. Kakitangan Dewan Rakyat yang bertugas ketika itu pun tidak mengetahui perkara berkenaan.

“Timbalan speaker sudah setuju untuk siasat. Kami menunggu hasil siasatan dan dalang di sebalik perkara ini,” katanya lagi.

Malaysiakini

Reply