no comments

“Apa Saja Isu, Semua Salahkan Saya” – Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa dirinya diperalatkan dan dipersalahkan apabila namanya sering kali dikaitkan dengan apa sahaja isu. Alasan ‘semua salah Najib‘ menjadi Prosedur Standard Operasi (SOP) Kerajaan Pakatan Harapan.

Najib turut mempersoal tindakan kerajaan itu yang disifatkan tidak adil untuk rakyat.

“Alasan ‘semua salah Najib’ yang sudah menjadi prosedur standard operasi (SOP) Pakatan ini perlu dihentikan. Atau adakah ia akan berlanjutan selama 5 tahun akan datang? Alasan seumpama ini adalah tidak adil bagi rakyat apatah lagi, mereka mengharapkan yang lebih baik dari kerajaan baharu, atau adakah mereka akan terus dibelenggu dengan harapan?,” katanya dalam posing terbaharunya di Facebook hari ini.

Najib turut menyifatkan cerita hutang negara RM1 trilion yang didedahkan kerajaan didakwa sebagai definisi sendiri.

“Kerajaan PH bersandarkan definisi sendiri yang tiada negara lain dalam dunia gunakan, nama saya terus diperalatkan sebagai alasan serta dipersalahkan setiap kali kerajaan Pakatan gagal mentadbir dengan baik atau gagal menunaikan janji manis manifesto mereka,” kata Najib.

Beliau dalam pada itu turut mempertikai tindakan salah seorang menteri yang mempersalahkan dirinya bagi isu pelantikan speaker Dewan Rakyat.

“Menteri Sumber Manusia (M. Kulasegaran) mendakwa mereka yang mengajukan keresahan mereka ini hanya mensensasikan isu pelantikan bagi mengalih perhatian terhadap penindasan politik terhadap saya. Saya bukan lagi Perdana Menteri atau berada dalam kerajaan yang mentadbir, maka kenapa pula saya dipersalahkan terhadap isu perlantikan speaker ini?,” ujarnya

Katanya, Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat jelas bahawa nama speaker yang dicadangkan perlu dikemukakan kepada sekretariat Parlimen sekurang-kurangnya 14 hari sebelum sesi Parlimen bermula.

“Pada ketika ini, hanya tinggal dua hari sahaja lagi sebelum Parlimen bermula, identiti Tuan Yang Dipertua masih lagi belum dikenal pasti dan ini menjurus kepada pelbagai debat awam terhadap siapakah yang akan mengisi jawatan itu.

“Parlimen adalah badan tertinggi negara ini. Adakah Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat ini dipatuhi? Jika tidak mampu mematuhi peraturan badan tertinggi negara, bagaimana mahu mengakui bahawa kerajaan baharu ini mentadbir berasaskan kepada kedaulatan undang-undang (Rule of Law)?,” katanya lagi.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close