no comments

Akhirnya Anwar Ibrahim Bakal Bebas Pada 11 Jun (Isnin) Setelah Sekian Lama Menjadi Mangsa Fitnah Politik

Selepas hampir tiga tahun meringkuk ke dalam penjara, bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dibebaskan tidak lama lagi.

Perkara ini dimaklumkan oleh Presiden Pakatan Harapan, Datuk Dr Sri Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Katanya, sekiranya tiada apa-apa masalah suaminya (Anwar) akan dibebaskan pada Jun ini.

“Insya-ALLAH Anwar dibebaskan pada 11 Jun,” katanya dalam Amanat Presiden Pakatan Harapan sempena Pelancaran Wanita Pakatan Harapan di Dewan Sri Cempaka.

Anwar, 71 tahun, kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh setelah Mahkamah Persekutuan, pada 10 Februari 2015, mengekalkan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.

Tempoh hukuman penjara bagi Anwar selama lima tahun dipendekkan menjadi 3 tahun jika beliau dibebaskan pada Jun ini. Hingga kini, beliau telah menjalani hukuman penjara selama hampir setahun 10 bulan.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mensabitkan Anwar setelah membenarkan rayuan pihak pendakwa.

Anwar didapati melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Bagaimanapun, bekas timbalan perdana menteri itu secara konsisten menyangkal tuduhan beliau terbabit dalam jenayah tersebut.

Sebahagian besar penyokong serta parti pembangkang pula menganggap tuduhan berkenaan bersifat politik.

Sinar Online

Reply