no comments

Alhamdulilah Saya Terbukti Tidak Bersalah Tetapi… – Cikgu Fadli Salleh

Beberapa hari ini , kita digemparkan mengenai isu pendidikan yang diketengahkan oleh seorang guru matematik berpengaruh di media sosial iaitu Cikgu Mohd Fadli Salleh.

Apa yang membuatkan masyarakat terpanggil untuk mengambil tahu mengenai isu ini adalah kerana Cikgu Fadli yang memerangi isu hak pendidikan, inginkan yang terbaik dalam silibus pendidikan seolah olah dipandang sebagai satu jenayah oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kesannya, beliau diberikan surat penyataan bakal dikenakan tindakan tatatertib yang boleh menyebabkan beliau dibuang kerja atau diturunkam pangkat.

Tindakan dari pihak KPM ini telah menjadi perbualan netizen seluruh Malaysia yang akhirnya menjadi isu panas seluruh negara.

cikgu fadli salleh

Hal ini kerana, selepas isu ini tular di media sosial, bekas Menteri Pendidikan Dato Razzi Jidin dan Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri mula campur tangan dan meminta pihak KPM mengendalikan isu ini sehingga selesai dengan baik.

Selepas majoriti rakyat Malaysia memberikan sokongan padu kepada Cikgu Fadli ,kuasa media sosial telah membuktikan, hasil persidangan Lembaga Tatatertib Kementerian Pelajaran Malaysia memutuskan bahawa Cikgu Fadli tidak bersalah dan semua tuduhan terhadap beliau digugurkan.

Kongsi Cikgu Fadli dalam perkongsian siaran langsung semalam 18 Oktober 2022 ,

“Alhamdulilah saya bersyukur atas kemenangan ini, perkara pertama kita mesti bersyukur

orang pertama yang saya maklumkan berita kemenangan ini, awalnya ialah isteri saya, keduanya ialah keluarga saya

Lepas berita kemenangan ini dimaklumkan, saya terus dapat panggilan dari ma saya

Kata Ma saya, mu kena ingat li, walaupun hari ini Li menang, bukan bermakna ianya jadi tiket untuk li jadi sombong, jadi riak jadi takbur

Kena ingat, hari ini mungkin li menang, tapi kalau li tak jaga adab menulis, terlalu keras menegur di media sosial mungkin akan datang li akan dibenci

Kena ingat, tugas kita ni nak sampaikan kebaikan, begitulah sedikit sebanyak pesan Ma Saya”

Kongsi Cikgu Fadli lagi

“Kemenangan saya hari ini bukanlah bermakna kita menang dalam memerangi isu hak pendidikan,

Alhamdulilah saya terbukti tidak bersalah tetapi..

Alhamdulilah saya terbukti tidak bersalah tetapi bukan bermakna kita sudah berjaya memperbetulkan isu utama kita iaitu hak pendidikan anak anak kita

Kita mesti terus berjuang untuk menambahbaik mutu pendidikan kita, silibus mata pelajaran mesti disemak semula, waktu jam pelajaran setiap subjek mesti dikaji semula

Tak cukup belajar satu subjek hanya 2 jam setengah seminggu, inilah antara penyebab kenapa anak murid gagal mendapatkan prestasi yang baik dalam subjek

Kita mesti berikan masa yang lama dan cukup untuk pelajar menghadam sebaiknya setiap mata pelajaran , ulas Cikgu Fadli dalam perkongsian Facebook siaran langsung.

Perkongsian Facebook menerusi siaran langsung semalam telah mencecah 18 ribu tontonan dan ianya telah menjadi tumpuan rakyat Malaysia termasuk dari pihak atasan KPM sendiri.

Kita berharap, dari isu ini kita dapat menyaksikan perubahan dalam isu pendidikan dan dapat dijadikan antara topik utama dalam manifesto pilihan raya setiap parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Ke 15 nanti.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close