
Pengenalan
Politeknik atau institut teknologi biasanya merujuk kepada institut pengajian tinggi ( TVET ) yang mengkhusus dalam bidang teknologi, pendidikan vokasional atau campuran keduanya.
Menyertai Politeknik merupakan salah satu pilihan bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia. Pelajar yang telah menamatkan Matrikulasi, Kolej Komuniti, Sijil IKM, dan lain-lain juga berpeluang untuk meneruskan pengajian di Politeknik.
Terdapat 38 buah Politeknik di seluruh negara.

Cara Permohonan Politeknik 2024
- Pemilihan Program Pengajian: Pilih program pengajian yang sesuai dengan minat dan kelayakan anda. Anda boleh merujuk kepada senarai program yang ditawarkan oleh Politeknik Malaysia.
- Semak Syarat Kelayakan: Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan untuk program yang dipilih, seperti keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf lain, termasuk mata pelajaran khusus yang mungkin diperlukan.
- Pendaftaran Online: Biasanya, proses permohonan dilakukan secara online melalui portal rasmi Politeknik Malaysia. Anda perlu daftar masuk atau cipta akaun, lengkapkan borang permohonan yang disediakan dan muat naik dokumen yang diperlukan seperti salinan SPM dan dokumen peribadi.
- Pilihan Kursus: Ketika mengisi borang permohonan, anda perlu memilih kursus yang diminati mengikut keutamaan anda. Pastikan pilihan anda berdasarkan minat dan matlamat kerjaya.
- Proses Pengesahan: Selepas anda menghantar permohonan secara online, tunggulah untuk menerima pengesahan bahawa permohonan anda telah diterima. Pastikan semua butiran yang diisi betul dan lengkap.
- Wawancara atau Ujian: Beberapa program atau Politeknik mungkin mengadakan ujian atau sesi wawancara sebagai sebahagian daripada proses pemilihan. Sediakan diri anda dengan baik jika anda dijemput untuk menghadiri sesi ini.
- Tunggu Keputusan: Selepas semua proses pemilihan selesai, tunggulah untuk menerima keputusan permohonan anda. Biasanya, keputusan akan diumumkan melalui portal permohonan atau melalui emel.
Tarikh Penting Untuk Ambilan 2024
Permohonan melalui UPUOnline (Lepasan SPM 2023):
Semakan permohonan dan rayuan : 28 Jun 2024
Tempoh penerimaan tawaran : 30 Jun – 7 Julai 2024

Nama Politeknik yang terdapat di Malaysia
1. Politeknik Ungku Omar (PUO)
Web: http://www.puo.edu.my/
2. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
Web: http://www.polisas.edu.my/
3.Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)
Web: http://www.polimas.edu.my/
4 Politeknik Kota Bharu (PKB)
Web: http://www.pkb.edu.my/
5. Politeknik Kuching Sarawak (PKS)
Web: http://www.poliku.edu.my
6. Politeknik Port Dickson (PPD)
Web: https://polipd.mypolycc.edu.my/
7. Politeknik Kota Kinabalu (PKK)
Web: http://www.polikk.edu.my
8. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
Web: https://psa.mypolycc.edu.my/
9. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
Web: http://www.pis.edu.my
10. Politeknik Seberang Perai (PSP)
Web: http://www.psp.edu.my
11. Politeknik Melaka (PMK)
Web: https://polimelaka.mypolycc.edu.my/
12. Politeknik Kuala Terengganu (PKT)
Web: http://www.pkt.edu.my/index.php
13. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)
Web: http://www.psmza.edu.my
14. Politeknik Merlimau (PMM)
Web: http://www.pmm.edu.my/
15. Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
Web: http://www.psas.edu.my
16. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)
Web: http://www.ptsb.edu.my
17. Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
Web: http://www.psis.edu.my
18. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
Web: http://www.ptss.edu.my
19. Politeknik Muadzam Shah (PMS)
Web: http://www.pms.edu.my
20. Politeknik Mukah Sarawak (PMU)
Web: http://www.pmu.edu.my
21. Politeknik Balik Pulau (PBU)
Web: http://www.pbu.edu.my
22. Politeknik Jeli (PJK)
Web: http://www.pjk.edu.my
23. Politeknik Nilai (PNS)
Web: https://pns.mypolycc.edu.my/
24. Politeknik Banting (PBS)
Web: http://www.polibanting.edu.my
25. Politeknik Mersing (PMJ)
Web: http://www.pmj.edu.my
26. Politeknik Hulu Terengganu (PHT)
Web: https://pht.mypolycc.edu.my/
27. Politeknik Sandakan (PSS)
Web: http://www.pss.edu.my
28. Politeknik Metro Kuala Lumpur (PMKL)
Web: https://pmkl.mypolycc.edu.my/
29. Politeknik Metro Kuantan (PMKU)
Web: http://www.pmku.edu.my
30. Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB)
Web: http://www.pmjb.edu.my
31. Politeknik Metro Betong (PMBS)
Web: http://www.pmbs.edu.my
32. Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG)
Web: http://www.pmtg.edu.my
33. Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN)
Web: http://www.ptsn.edu.my
34. Politeknik Besut (PBT)
Web: https://polibesut.mypolycc.edu.my/v1/
35. Politeknik Bagan Datuk (PBD)
Web : https://pbd.mypolycc.edu.my/
36. Politeknik Metro Tawau (PMTS)
Web: https://politawau.mypolycc.edu.my/