no comments

Semakan Permohonan Online Calon Guru (PISMP) Lepasan SPM 2023

Pengenalan

“Calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah mengemukakan permohonan untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PISMP ) tahun 2024 di Institut Pendidikan Guru (IPG) dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan, boleh menyemak status permohonan mereka dengan mengikuti langkah-langkah dalam kalendar aktiviti PISMP. Sebelum menerima tawaran untuk program ini, calon perlu melepasi beberapa tahap penapisan termasuk Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), Temu Duga, dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF), yang berdasarkan syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sila rujuk kepada jadual aktiviti permohonan PISMP intake 2024 untuk Calon Lulusan SPM di laman web rasmi KPM.”

Cara Menyemak Keputusan Tawaran Kemasukan IPG 2024 Online

  • Tarikh Pengumuman : Sekitar bulan Julai 2024.
  • Laman Sesawang PISMP: Calon perlu mencetak surat tawaran sementara dan mendapatkan surat tawaran rasmi selepas melapor diri.

Tarikh Penting

Tarikh penting bagi permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2024 adalah seperti berikut:

Untuk rujukan kepada semua

Permohonan Rayuan Ke IPG

“Rayuan untuk masuk ke IPG bergantung kepada kekosongan dalam bidang tertentu dan memenuhi syarat-syarat berikut:

A. Kelayakan Untuk Membuat Rayuan Ke IPG Calon yang telah lulus penilaian UKCG dan mengirimkan video pengajaran mereka. Calon yang telah memohon program IPG tetapi tidak menerima tawaran dalam pilihan 1 hingga 12 semasa permohonan melalui UPUonline.

B. Calon yang memohon Pilihan 1-4 bagi Program Bahasa Melayu (SK), Sejarah (SK), Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SK), Bimbingan dan Kaunseling, Matematik (SJKC) dan tidak menerima tawaran dalam pilihan 1 hingga 12 semasa permohonan melalui UPUonline. IPGM berhak menawarkan bidang dan aliran sekolah mengikut keperluan KPM seperti Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SJKC/SJKT) untuk Tahap 2 (tidak memerlukan bahasa Cina, kelebihan jika memiliki kepujian dalam bahasa Cina), Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah (SK), dan Pendidikan Masalah Penglihatan (SK). Sila rujuk syarat bidang pengkhususan di portal h hanya calon yang memenuhi syarat akan dipertimbangkan.

C. Tidak Kelayakan Untuk Membuat Rayuan Ke IPG Calon yang gagal dalam penilaian UKCG atau tidak mengirimkan video pengajaran. Calon yang telah menerima tawaran dari mana-mana pusat pengajian (universiti/matrikulasi/asasi/politeknik/kolej komuniti) melalui UPU. Semakan Keputusan Rayuan IPG boleh dilakukan secara online di pautan yang akan dikemaskini.”

Bagi calon yang berjaya diminta melakukan pengesahan setuju / menolak tawaran sebelum atau pada tarikh yang akan dikemaskini. Sekiranya calon tidak berbuat demikian akan dianggap menolak tawaran tersebut.

Reply