no comments

Senyap-Senyap, Akaun Bank Najib Dah Cair.. Tak Beku Dah

Menurut sumber rapat, akaun bank peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lagi dibekukan oleh pihak berkuasa mulai semalam.

Akaun Najib tersebut dikatakan tiada kena mengena dengan politik dan tidak mempunyai kaitan dengan perkara yang disiasat oleh pihak berkuasa.

“Hakikatnya mereka membuka semula akaun itu secara senyap-senyap membuktikan mereka salah membekukan akaun itu pada awalnya.

“Mereka perlu memohon maaf daripada mengambil tindakan secara rahsia dan berharap tiada siapa yang akan melihatnya,” katanya.

“Difahamkan akaun bank itu digunakan Najib untuk membayar bil dan perbelanjaan keluarga,” kata sumber itu.

Sebelum ini, pada 11 Julai lalu, Najib menyelar pembekuan akaun bank beliau dan anak-anaknya dan menyifatkan langkah itu sebagai zalim.

Najib berkata beliau hanya sedar akaun peribadinya dibekukan selepas ceknya untuk membayar bil perubatan anaknya ditendang bank.

SPRM baru-baru ini dilapor turut membekukan akaun Puteri Norlisa bersama anak Najib yang lain, iaitu Nooryana Najwa, Mohd Norashman dan Mohd Nizar susulan siasatan berkaitan skandal 1MDB.

Norlisa dilapor dikesan menghidap kanser tiga bulan lalu dan kini berulang-alik ke hospital sekali seminggu untuk rawatan.

Dalam siasatan salah guna dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu, Pasukan Petugas Khas (Task Force) telah membekukan sebanyak 408 akaun bank melibatkan dana RM1.1 bilion daripada akaun-akaun milik individu, parti politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) .

Akaun yang dibekukan turut membabitkan 81 individu serta 55 buah syarikat yang dipercayai pernah menerima dana daripada 1MDB.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close