no comments

“Tempoh 2 Tahun Jadi PM, Hanya Cadangan, Mungkin Lebih” – Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan tempoh beliau menjawat jawatan sebagai perdana menteri tidak semestinya berakhir dalam tempoh dua tahun.

Perdana Menteri yang telah dua kali dilantik itu, pernah menyatakan hasrat memegang jawatan perdana menteri selama dua tahun, menegaskan bahawa kerajaan akan memberi keutamaan kepada usaha mengembalikan kekayaan dan menyelamatkan ekonomi negara dalam tempoh berkenaan.

“Dua tahun itu bukan tempoh masa. Dia adalah satu cadangan. Tetapi kita tidak tetap. Boleh jadi lebih awal, boleh jadi lebih lewat.

“Keutamaan adalah mengembalikan kekayaan negara, ekonomi negara menjadi sebuah negara yang berupaya,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Sinar Harian.

Jelasnya, dalam masa terdekat ini beliau perlu atasi masalah yang berlaku kepada negara.

”Itulah tujuan saya. Kalau saya berjaya, bukan duit yang penting. Yang penting adalah hasil kerja. Jadi inilah yang saya sedang usaha,” katanya.

 

Menurut satu laporan, penyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasa bimbang Tun M melantik Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai penggantinya.

Laporan itu turut mendakwa Azmin dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menjadi sebahagian daripada kumpulan pesaing dalam PKR yang menghadapi Anwar dan isterinya, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun, Tun M menegaskan bahawa Anwar Ibrahim merupakan pengantinya, sekali gus akan menjadi perdana menteri ke-8 Malaysia.

“Anwar Ibahim lah akan mengganti saya.

“(Dulu dah putuskan) perdana menteri Dr Mahahir, timbalan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail), yang menunggu jadi perdana menteri Anwar Ibrahim,” beliau dilaporkan sebagai berkata oleh Sinar Harian.

Reply