no comments

WHATSAPP KETIKA KHUTBAH JUMAAT

WHATSAPP KETIKA KHUTBAH JUMAAT.jpg

WhatsApp Ketika Khutbah Jumaat

WhatsApp adalah trend komunikasi terkini dan paling popular. WhatsApp adalah aplikasi messenger untuk smartphone dengan asasnya mirip BlackBerry Messenger. WhatsApp Messenger merupakan aplikasi pesan lintas platform yang membolehkan bertukar pesanan secara text atau suara, berkongsi file , foto dan lain-lain lagi , secara percuma. Menggunakan rangkaian 3G atau WiFi untuk komunikasi dengan mudah dan pantas.
Namun ada juga yang menggunakannya tanpa sempadan, apabila berada ditempat-tempat dan waktu-waktu yang tidak sepatutnya digunakan. Terutamanya di Masjid, dan ketika khatib membaca khutbah jumaat pun , ada yang sedang berbalas- balas WhatsApp. Persoalan utamanya , apakah hukum membaca atau membalas pesanan WhatsApp ketika Khutbah Jumaat berkumandang?
Para ulama berselisih pendapat tentang hukum bercakap ketika khutbah Jumaat. Kebanyakan mengatakan hukumnya haram, namun mazhab Syafii mengatakan hukumnya makruh. Kita disunatkan untuk diam dan mendengar khutbah dengan tekun.
Rasulullah bersabda:

“Jika kamu berkata-kata kepada sahabatmu, ‘Diam!’, padahal imam berkhutbah pada hari Jumaat, maka sesungguhnya kamu telah berkata yang lagha.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Lagha dalam hadis ini ertinya melakukan perkara yang dapat merosakkan kesempurnaan ibadah solat Jumaatnya. Membalas pesanan Whatsapp termasuk dalam larangan bercakap-cakap ketika khutbah. Ini kerana perbuatan tersebut melalaikan kita daripada memberi tumpuan mendengar isi kandungan khutbah dengan khusyuk. Begitu juga membaca risalah atau akhbar, atau membaca sesuatu dalam Facebook dan sebagainya. Semua perbuatan ini sangat tidak bersesuaian dan hendaklah dihindarkan.

Jadi, para jemaah perlulah peka pada perkara ini. Lebih baik jika sebelum khutbah dibacakan, matikan handphone ( mode silent ) agar tidak menjejaskan dan merosakkan tumpuan ketika mendengar khutbah Jumaat.

Reply