no comments

(Video) Wajah Muram Messi Walaupun Berjaya Bantu Barcelona Menang Piala

Bagi yang mengikuti perkembangan bintang bola sepak dari Argentina ini iaitu Messi, sudah pasti anda tahu serba sedikit mengenai perkembangan terbaru beliau.

Tidak disangka lagi Lionel Messi mengecapi segala kejayaan bersama kelab bola sepak terkemuka dunia, Barcelona. Namun, akhir-akhir ini “masalah” yang timbul membuatkan bintang ini tidak berapa suka untuk berada di Barcelona lagi.

Seperti kata orang, hati tidak boleh menipu untuk suka. Lihatlah reaksi Lionel Messi pada video di bawah ini.

Ramai “memberikan pendapat” reaksi Lionel Messi selepas Barcelona muncul pemenang Trofi Joan Gamper sebagai ‘muram’ dan menjelaskan keadaan sebenar pemain dari Argentina itu di Nou Camp.

messi

Krisis Messi bersama pihak pengurusan kelab bermula “panas” pada bulan lalu apabila pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu telah menghantar permohonan rasmi untuk berpindah meninggalkan gergasi Catalan itu.

Tambahan pula ketika itu laporan dan khabar angin bertiup kencang mengatakan Messi bakal menyertai Manchester City untuk bergabung kembali bersama bekas pengendali, Pep Guardiola.

Namun walaupun selepas menyerahkan permohonan rasmi kepada pihak pengurusan kelab, Messi menukar keputusannya selepas Barcelona berdegil untuk tidak melepaskan pemain itu tanpa membayar klausa pelepasan bernilai 700 juta euro. Mungkin Messi masih lagi menghormati kelab Barcelona.

Messi juga enggan mengheret Barcelona ke mahkamah, sekali gus bermakna beliau perlu menamatkan baki setahun yang ada di dalam kontrak beliau sekiranya mahu pergi.

Dalam satu temuramah dengan Goal selepas itu, Messi turut menyentuh mengenai hubungannya dengan presiden kelab, Josep Maria Bartomeu yang beliau sifatkan sebagai pembohong.

Lionel Messi kembali menyertai latihan pada tengah hari Sabtu berikutnya dan beraksi dalam perlawanan tradisi tanda permulaan kempen musim baharu yang dianjurkan oleh kelab itu – Trofi Joan Gamper – menentang satu lagi pasukan LaLiga, Elche.

Kehebatan Messi bermain bola tidak dapat disangka lagi, seperti kebiasaan pemain berusia 33 tahun itu memperagakan aksi terbaik dan memainkan peranan penting untuk gol yang dijaringkan oleh Antoine Griezmann pada minit ke-3 perlawanan.

Dalam perlawanan itu Barcelona menang dengan jaringan 1-0, namum reaksi Messi selepas tamat perlawanan menjelaskan segala-galanya.

Di dalam video yang dikongsi di laman sosial, pemain itu kelihatan muram dan tidak gembira. Apabila tiba giliran beliau untuk menerima trofi selaku kapten, beliau langsung tidak mengangkat muka. Tiada lagi senyuman di wajah Messi.

Adakah Messi benar-benar sudah tawar hati bersama dengan Barcelona? Hati orang kita tidak tahu, namun peminat sudah dapat mengagak bahawa Messi sememangnya kurang senang berada di kelab Barcelona lagi. Apa komen anda? Berikan pendapat di ruangan komen di bawah ini.

Reply