no comments

(Video) Lihatlah Bagaimana Manchester City Mengayam-ayamkan Liverpool

Walaupun baru-baru ini secara rasminya pasukan terkuat di Liga Perdana Inggeris(EPL), Liverpool berjaya menjuarai Liga namun itu bukanlah alasan untuk Manchester City menyerah kalah.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverp00l ditundukkan pencabar Manchester City 0-4 dalam perlawanan awal pagi tadi.

Walaupun baru sahaja menjulang gelaran juara liga selepas penantian 30 tahun, anak buah Jurgen Klopp kelihatan seperti tidak bersedia.

Manchester City yang juga ju@ra musim lalu terpaksa memberi tunduk hormat kepada The Reds sebelum bermulanya perlawanan.

Rek0d buruk Liverpool di tempat lawan terus menghantui mereka selepas gagal menang dalam away game bagi semua perlawanan sejak 15 Februari lalu.

Pasukan Manchester City menggegar gawang Liverpool seawal minit ke 25 menerusi sepakan penalti Kevin de Bruyne.

Selepas sepuluh minit berselang, Raheem Sterling menambah duka Liverpool dengan menyumbat gol kedua diikuti jaringan pemain tengah Phil Foden sebelum tamat babak pertama.

Liverpool berduka lagi apabila Manchester City mendapat gol keempat pada minit ke-66 selepas Alex Oxlade-Chamberlain tertampan bola ke gawang sendiri.

Tiga lagi trofi masih menjadi rebutan iaitu Piala Liga, Piala FA dan Liga Juara-Juara.

Nampaknya saingan EPL bukanlah sesuatu yang mudah kerana sedikit kelekaan membuatkan pasukan anda kalah dengan teruk sekali. Itulah yang menjadi pengajaran buat Liverpool. Juara EPL tidak menentukan Juara lagi pada musim berikutnya.

Adakah Liverpool perlu membuat rombakan di dalam pasukan mereka pada musim hadapan? Rasanya pengurus pasukan mereka lebih tahu mengenai perkara tersebut.

Reply