(Video) Ketua Pemuda PAN Kelantan, Jeming Hassan Serlah Kebodohan Backup Husam ‘Alat Jimat Minyak’
(Video) Ketua Pemuda PAN Kelantan, Jeming Hassan Serlah KeBodohan Backup Husam Berkaitan ‘alat penjimat minyak’ Tahan 15 Tahun!
Berikutan tular klip video alat yang dikatakan boleh menjimatkan minyak petrol motosikal selama 15 tahun baru-baru ini mendapat pelbagai kritikan dan sindiran.
Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Hazmi Hassan hari ini tampil mempertahankan rakaman video yang menunjukkan Datuk Husam Musa memperkenalkan alat penjimat minyak motosikal dan mendakwa dapat mengurangkan pencemaran udara di depan beberapa remaja.
“Kami panggil lima orang anak muda dan biar mereka gunakan alat itu. Kami akan dapatkan maklum balas dalam tempoh seminggu.
“Kalau berjaya alhamdulillah tapi kalau gagal tak apa, sebab matlamat kami bukan nak berniaga tapi menjadikan Kelantan bersih dari segala aspek, bukan dari segi sampah sarap saja,”
5 September lalu, Husam berkata; “Pagi ni kita akan masukkan alat ni dalam tangki motor. Tujuannya untuk jimatkan penggunaan minyak motor. Sekarang ini harga minyak pun mahal. Budak-budak motor duit dia tak banyak.
“Yang kedua alat ini boleh kurangkan asap. Asap ini adalah tanda bahawa minyak tidak dibakar habis.
“Kerana itu jadi asap dan kemudian ada bekas asap yang hitam dipanggil karbon,” katanya dalam mukadimah ketika menjelaskan keupayaan alat itu kepada lima pemuda yang hadir bersama motosikal masing-masing.
Kalau dulu dikatakan “akan mengedarkan alat ini SECARA DISKAUN kepada semua”, tetapi hari ini menafikan alat yang diperkenalkan Husam itu bukan untuk dijual pula.
Hazmi berkata sindiran dan kecaman dibuat pengkritik memang agak pedih namun pihaknya menghormati pandangan berkenaan.
“Kami mencuba tapi bukan untuk cari keuntungan sebaliknya untuk kebaikan rakyat Kelantan. Kalau tak berjaya tak ada masalah,” katanya.
BACA JUGA – Penjelasan ‘Ke Laut’ Husam, CC Motosikal Jadi Horsepower