no comments

“Masuk Akal ke? Adakah Tun M Tuduh Syarikat China Subahat Rasuah?” -Najib

Najib menjelaskan bahawa dua projek infrastruktur yang dilaksanakan di bawah kerajaan BN lalu ialah projeck kereta api Pantai Timur ECRL yang dianugerahkan kepada syarikat CCCC Ltd dan projek saluran paip petroleum kepada syarikat kepada syarikat China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB).

Beliau berkata sedemikian sebagai menjawab tuduhan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dengan mendakwa BN memaksa syarikat China untuk memberi 30 peratus saham syarikat mereka kepada orang tertentu.

Katanya, syarikat CCCC Ltd ialah sebuah syarikat disenarai awam yang dikuasai oleh kerajaan China dan adalah syarikat yang amat besar di peringkat global dengan nilai penjualan AS$70 billion (RM280 bilion) setahun di seluruh dunia.

“Syarikat CPPB adalah sebuah syarikat pembina saluran paip petroleum terbesar di dunia dan dimiliki sepenuhnya oleh syarikat gergasi China National Petroleum Corporation (CNPC) yang dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan negara China. CNPC ialah syarikat yang keempat terbesar di dunia dengan nilai penjualan setahun di sekitar AS$300 bilion (RM1.2 trilion).

“Adakah masuk akal kononnya kerajaan BN meminta 30 peratus saham syarikat-syarikat kerajaan China sebagai sogokan? Adakah Tun Mahathir menuduh bahawa syarikat-syarikat gergasi milik kerajaan China bersubahat dengan kerajaan BN untuk melakukan jenayah rasuah?,” katanya menjawab kenyataan Dr Mahathir hari ini dalam satu forum.

Justeru kata, Najib Dr Mahathir perlu berhenti bercereka dan tunjukkan bukti bahawa tuduhannya adalah benar dan sebagai seorang perdana menteri, seharusnya beliau berhenti bermain politik di hadapan pelabur-pelabur luar negara.

Terdahulu, hari ini di China, nada Dr Mahathir bagai berucap di ceramah politik di hadapan ahli perniagaan China dengan menuduh bahawa BN memaksa syarikat China untuk memberi 30 peratus saham syarikat mereka kepada orang tertentu.

Tun Dr Mahathir juga mendakwa kerajaan BN sebelum ini korup dalam menerima kemasukan pelabur China ke negara ini.

Beliau berkata demikian semasa Forum Pemimpin Kelab Usahawan China di China World Summit Wing Hotel di Beijing hari ini.

Mahathir ditanya oleh salah seorang usahawan China semasa forum berkenaan mengenai kebimbangan terhadap prosedur ketika menjalankan perniagaan di Malaysia.

“Saya fikir, kerajaan baru (Pakatan Harapan) telah mengambil masa lebih kurang tiga bulan lalu. Jadi, dasar kerajaan lama (BN) adalah apa yang mengakibatkan kerajaan menjadi sukar kerana kerajaan (sebelum ini) tidak cekap, ia korup.

“Terdapat kes di mana pelabur diminta memberi 30 peratus saham kepada sesetengah orang. Itulah sebabnya ada kelewatan kerana orang tertentu cuba mendapatkan wang daripada pelabur,” katanya.

Tun M turut memberi jaminan bahawa kerajaan kini tidak akan membenarkan amalan sedemikian berlaku dan berkongsi cara baru untuk meningkatkan kecekapan serta mempercepatkan kelulusan bagi pelabur yang ingin menjalankan perniagaan di Malaysia.

 

Reply