no comments

“Saya Tak Setuju FMLLP Potong Mata.. Nanti Orang Cakap Saya Sabotaj Pasukan Lain” -TMJ

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim melahirkan rasa tidak setuju dengan tindakan Pihak Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) yang mahu memotong mata pasukan yang tidak melengkapkan dokumen pendaftaran pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia.

Kata TMJ, “FMLLP seharusnya membiarkan sahaja pasukan terbabit terus bertanding dalam saingan berkenaan.”

“Saya memahami tindakan FMLLP ini adalah untuk memastikan liga ini berjalan secara profesional dan mahu menunjukkan kepada penaja yang terdapat permintaan tinggi untuk menjadikan liga ini profesional.

“Bagaimanapun saya tidak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana ia akan mewujudkan spekulasi daripada mereka yang kurang bijak dan mengatakan saya atau Kelab Bolasepak JDT ingin mensabotaj pasukan-pasukan lain yang sedang berada di puncak liga kononnya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Jelas Tunku Mahkota Johor, tindakan tidak memotong mata pasukan tersebut membolehkan penaja yang telah mengeluarkan ratusan juta ringgit melihat sendiri punca Liga Malaysia tidak boleh berkembang.

“Bukan sahaja mengenai persatuan yang tidak profesional tetapi juga mentaliti penyokong bola sepak tanah air.

“Walaupun maklumat, susur masa, penerangan berkaitan cara keputusan dibuat dan dokumen yang diperlukan telah dikongsikan oleh pihak FMLLP, tetapi penyokong bola sepak tanah air masih tidak faham lagi,” katanya sambil menambah beliau hanya boleh mengucapkan selamat maju jaya.

Sementara itu, FMLLP mendedahkan beberapa pasukan yang gagal melengkapkan dokumen pendaftaran.

FMLLP sebelum ini telah memberi dua kali peluang untuk pasukan melengkapkan dokumen pendaftaran, namun terdapat juga pasukan yang gagal berbuat demikian.

 

Dua pasukan Liga Super iaitu Kelantan dan Kuala Lumpur tidak menghantar dokumen yang tidak lengkap, manakala dua pasukan iaitu Selangor dan PKNS FC telah menghantar melepasi tarikh akhir yang diberikan.

Manakala, Selangor telah melengkapkan dokumen pada 11 Februari 2018, DAN PKNS FC pula pada 19 Februari 2018.

“Bagi pasukan 100PLUS Liga Premier Malaysia 2018 pula, empat pasukan masih tidak melengkapkan dokumen pendaftaran iaitu pasukan Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan FA dan PDRM.

“Manakala ada dua pasukan telah menghantar dokumen melepasi tarikh akhir yang telah ditetapkan. MIFA telah menghantar pada 15 Februari 2018, manakala pasukan UKM FC pula telah menghantar dokumen pada 19 Februari 2018.”

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam menggesa agar semua pasukan melengkapkan segala dokumen pendaftaran jika tidak mahu insiden dikenakan hukuman pemotongan mata seperti musim lalu berulang.

Mstar Online

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close