no comments

Rupanya Inilah PUNCA Sebenar Kenapa Kedah Tak Layak Main Di AFC

Biarpun sudah mengecapi kejuaraan piala FA 2017, pasukan Kedah masih tidak layak untuk beraksi sebagai wakil Malaysia di kejohanan Piala AFC pada tahun hadapan.

Kegagalan bermain di johanan AFC ini nyata mengecewakan semua pemain dan seluruh peminat skuad helang merah yang bermati-matian bermain dan menyokong.

FAM dalam satu kenyataan media bersama Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), mendedahkan punca utama kenapa Kedah tidak layak ke AFC.

Punca sebenar Kedah terlepas peluang beraksi di kejohanan berprestij itu adalah kerana kegagalan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menghantar penyata kewangan beraudit, dan BUKANnya kerana masalah perlesenan.

Untuk makluman, penyata kewangan beraudit merupakan salah satu kriteria wajib AFC.

“Dengan tarikh akhir ditetapkan sistem CLAS dan tarikh FIB bersidang sudah dilewati, tiada pasukan dibenarkan untuk memuat naik apa juga dokumen tambahan,” kata setiusaha FAM.

Namun untuk pelesenan kelab Liga Super 2018, Kedah diberi pertimbangan biarpun lewat menyerahkan penyata kewangan tersebut, sekaligus diberi kelulusan untuk beraksi dalam Liga Super tahun hadapan.

Bagaimanapun, jika Lesen AFC turut diberikan dalam situasi ini, ia jelas satu tindakan yang tidak betul kerana mengikut rekod dalam Sistem Pentadbiran Pelesenan Kelab AFC (CLAS), tiada penyata kewangan diaudit yang telah dihantar oleh Kedah.

FAM turut menafikan kenyataan yang dibuat KFA bahawa mereka tidak tahu menahu tentang kegagalan mereka mendapatkan lesen dan bertanding dalam Piala AFC 2018.

“KFA telah diberi surat oleh FAM bertarikh pada 1 November 2017 berhubung keputusan dibuat oleh Badan Rayuan iaitu mereka hanya diberi kelulusan untuk Lesen Kelab FAM manakala masih gagal untuk Lesen Kelab AFC yang membawa maksud Kedah tidak layak untuk beraksi pada pertandingan Piala AFC.”

Tempat Kedah akan diganti oleh naib juara Piala FA, Pahang untuk bersama juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai wakil Malaysia ke slot Piala AFC tahun depan.

Astro Awani

Reply