Kenapa Trofi Piala Malaysia Ada Semasa Perlawanan JDT Vs Perak? Ini Sebabnya…!

Pertembungan pasukan Johor Darul Tak’zim lawan Perak dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 sudahpun berakhir.

Keputusan perlawanan seri 1-1. Jaringan sendiri oleh pertahanan JDT, Hasbullah Abdullah meletakkan Perak didepan, sebelum penyerang Mohammed Ghaddar meledak gol penyamaan.

Jika anda menonton dari awal perlawanan itu, pasti ada yang tertanya-tanya kenapa trofi Piala Malaysia dipamerkan ketika perlawanan antara Perak dan Johor Darul Tak’zim di Stadium Ipoh? Biasanya pada aksi final baru piala trofi dibawa masuk ke dalam stadium.

Foto oleh – Arena Seladang

Adakah kerana melibatkan JDT maka ianya dianggap pasukan istimewa?

Sejak kebelakangan ini, sentimen kebencian terhadap JDT makin bertambah dan melanda seluruh negara rentetan beberapa ‘gurauan’ Presiden FAM ketika sesi wawancara tempoh hari, disebabkan perkara inilah segala apa yang berlaku dilihat seolah keistimewaan yang diberikan kepada JDT sahaja.

Foto oleh – Johor Southern Tigers

Bagi menjawab persoalan itu, sebenarnya pihak penaja iaitu Telekom Malaysia yang mahukan Piala Malaysia ini dipamerkan ketika perlawanan separuh akhir bermula. Untuk perlawanan pusingan pertama Stadium Ipoh menjadi destinasi pertama dan pada pusingan kedua nanti piala ini akan berada di Stadium Darul Aman untuk perlawanan di antara Kedah dan Felda United.

Jadi, dengan sebab itu bukanlah kerana pasukan JDT diberi keistimewaan oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) oleh kerana presidennya berasal dari negeri selatan.

Baki 90 minit bakal menjadi penentuan ke final pada aksi perlawanan timbal balik separuh akhir kedua antara JDT menentang Perak yang dijadualkan pada Sabtu ini (21 Oktober 2017) di Stadium Larkin.

INFOKINI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top