no comments

CEO Dedahkan 16 Pesawat Boeing Yang Dibeli Oleh Najib Dari Amerika Bukan Milik MAS!

Sebelum ini, PM Najib Razak, dalam lawatannya ke AS baru-baru ini memberitahu Presiden Donald Trump, bahawa MAS akan membeli 25 kapal terbang model Boeing 737 dan lapan model 787 Dreamliner, selain tambahan 25 lagi model 737 dalam masa akan datang.

Sementara itu satu laporan mendedahkan, Malaysia Airlines Bhd (MAS) tidak akan membiayai dan memiliki 16 pesawat yang dibeli daripada syarikat penerbangan AS Boeing.

CEO MAS, Peter Bellew, berkata, syarikat pemajak antarabangsa yang akan membeli kapal terbang itu dan memajaknya kepada MAS.

“Kapal terbang ini tidak akan dimiliki oleh Malaysia Airlines, namun akan dipajak, yang merupakan lumrah dalam industri penerbangan moden,” katanya.

Dalam memo yang dikatakan panjang dan terperinci yang diberikan kepada 14,000 kakitangan itu, Bellew dilapor berkata pembelian terbaru itu kebetulan dengan berakhirnya perjanjian pajakan lain MAS.

Menurut laporan sama, MAS telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) minggu lalu untuk pembelian 16 kapal terbang daripada Boeing.

Urusniaga itu termasuk lapan kapal terbang model 787-9 Dreamliner yang ditukar daripada pesanan asal. Pesanan sebelumnya adalah lapan model Boeing 737 MAX dan lapan 737 MAX 8s.

“Saya ingin mengulang bahawa ketika ini, kami sudah muktamadkan pesanan 25 kapal terbang Boeing 737, sementara yang lain-lain sebagai pilihan,” kata Bellew.

 

Keseluruhan urusniaga itu dilaporkan berjumlah lebih AS10 bilion untuk lima tahun.

Menurut The Malaysian Reserve, penghantaran pertama lapan Boeing 787-9 Dreamliner, dengan harga AS2.5 bilion (RM10.5 bilion), dijangka pada suku ketiga 2019.

Najib dikritik hebat kerana kenyataannya yang ingin membantu mengukuhkan ekonomi AS. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz bagaimanapun tampil menyatakan sokongan terhadap pembelian kapal terbang itu dengan mendakwa ia baik untuk industri pelancongan negara.

Najib turut menjawab, pembelian pesawat ini bertujuan untuk menjadikan MAB sebagai syarikat terkemuka di dunia.

“Ini keputusan yang dibuat oleh MAS. Saya cuma sampaikan kepada Presiden Donald Trump.

“MAS lah untung. Dia dapat kontrak tapi MAS dapat pesawat-pesawat canggih,” katanya.

Malaysiakini

Reply