no comments

Perkara Pelik Yang Berlaku Ketika Perlawanan JDT Vs Pahang Di Stadium Larkin Tempoh Hari

Rekod kekebalan Harimau Selatan (JDT) di laman keramatnya (Stadium Larkin) sejak 2014, akhirnya lebur selepas tewas kepada skuad Tok Gajah (Pahang FA) pada aksi suku akhir kedua Piala FA 2018, Jumaat lalu.

Pahang mudah mematikan langkah JDT dengan keputusan 3-0 di Larkin, hasil jaringan hatrik Patrick Cruz sekaligus memastikan kemaraan ke separuh akhir Shopee Piala FA 2018.

Namun, apa yang pelik dan mengejutkan pada aksi perlawanan tersebut adalah kualiti padang stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos itu. Stadium yang mendapat pengiktirafan dari Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) antara stadium terbaik di Asia telah bertukar menjadi lapangan bendang!

Dalam keadaan padang yang basah dan air yang bertakung telah mengganggu rentak hantaran rendah kedua-dua pasukan.

Foto – Johor Sourthern Tigers

 

Keadaan padang yang licin itu turut mencetuskan insiden, melibatkan Safuwan Baharudin dan Hazwan Bakri sehingga kedua-duanya dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan.

 

Sebelum ini, satu kumpulan yang mewakili Forest City telah melakukan tinjauan teknikal ke atas padang bola sepak Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin yang digunakan oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Tinjauan yang diiringi oleh Penyelia Padang JDT, Mr Koichi Hiroi adalah bertujuan untuk pihak wakil Forest City membuat beberapa kajian dan pemerhatian mengenai rumput yang akan digunakan untuk Stadium Sultan Ibrahim, stadium baharu JDT iaitu rumput yang diberi nama Zoysia Zeon (diimport khas dari Jepun).

Mr Hiroi turut berkongsi tips penjagaan mengenai penyelengaraan dan sistem pengaliran yang digunakan di Stadium Larkin bagi memastikan kualiti padang berada dalam keadaan terbaik dan berkualiti.

Bagaimanapun pada aksi pertembungan menentang Pahang, padang keramat itu telah bertukar bendang. Kualiti padang yang ditunjukkan pastinya telah menjadi bahan troll di media sosial oleh para pemerhati yang mengikuti perkembangan bola sepak tanah air.

Sementara itu, ketua Jurulatih Pahang FA, Pablo Dollah Salleh telah mendedahkan rahsia bagaimana menewaskan pasukan JDT.

Dollah berkatanya, rahsianya adalah dengan mematikan gerakan barisan tengah JDT. “Sebenarnya memang kita merancang untuk mematikan bahagian tengah JDT yang juga nadi dan kekuatan pasukan itu.”

“Walaupun dalam sesi latihan saya tidak dapat melatih pemain membentuk taktikal dirancang, tetapi pemain saya faham apa yang saya mahu.

“Tiga pemain tengah JDT adalah nadi utama pasukan itu dan apabila kami menyekat penguasaan mereka, kami dapati Natxo (Insa), Hariss (Harun) dan Nazmi (Faiz Mansor) tiada ruang untuk mengawal bola.

“Kita matikan langkah ketiga-tiga pemain tengah JDT daripada mengumpan bola kepada sayap kanan dan kiri dan ia menyukarkan Gonzalo (Cabrera) menyusup masuk selain membataskan pergerakan Safawi Rasid.”

Lebih menghairankan lagi, Pablo Dollah turut mendedahkan pemainnya sebenarnya belum cergas 100% ketika lawan JDT.

Penjaring hatrik perlawanan itu, Patrick Cruz masih belum cergas 100 peratus untuk menghadapi perlawanan penting itu. Manakala Sumareh pula demam panas tetapi masih mampu memberikan persembahan terbaik.

Begitu juga dengan Matthew Davies yang sepatutnya tidak diturunkan kerana tidak berlatih, tetapi tetap mahu berada dalam kesebelasan utama walaupun hanya diberikan panduan untuk mengawal corak permainan Cabrera, katanya.

 

Reply