no comments

Ini Bukan Fitnah. Ini Cerita Benar. Pengakuan Adik-adik Rosmah Mansor Mengenai Kakaknya

Sebut sahaja nama Rosmah Mansor sudah pasti hampir seluruh rakyat Malaysia mengenalinya. Begitu terkenal namanya di Malaysia ini.

Yang Berbahagia Datin Paduka Seri Hajjah Rosmah binti Mansor iaitu isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak. Dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 10 Disember 1951.

Beliau merupakan isteri untuk perkahwinan kedua Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak. Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai dua orang anak, Norashman dan Nooryana Narjawa.

Selain itu, Rosmah Mansor mempunyai dua orang anak iaitu Riza dan Azrene Soraya hasil daripada perkahwinan beliau yang pertama dengan Abdul Aziz, berasal dari Perak. Ibu beliau berasal dari Kampung Mertang, Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Semasa era pemerintahan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Datin Paduka Seri Hajjah Rosmah binti Mansor seringkali menjadi mangsa serangan dari pihak pembangkang.

Ramai blogger-blogger Pro Pakatan Harapan membongkar satu demi satu keburukan Rosmah Mansor. Antara yang popular adalah mengenai sikapnya yang pemboros dan dikaitan dengan ilmu sihir.

Datin Seri Rosmah Mansor juga pernah dikaitkan dengan skandal pembelian cincin berlian bernilai RM24 juta pada tahun 2011.

Ada juga pihak yang melebel Rosmah Mansor adalah sebagai perempuan puaka.

Pelbagai tohmahan demi tohmahan kepada Rosmah Mansor akhirnya telah menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 di Malaysia yang berlangsung pada 9 Mei 2018.

Pada 25 Jun 2009, beliau menjadi sasaran kempen negatif dengan tuduhan-tuduhan berat dan label liar “perempuan puaka” di internet.

Beliau juga didakwa mempunyai masalah hubungan kekeluargaan dengan adiknya dan seorang anaknya. Ia tidak disenangi oleh beberapa anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) asal Rosmah Mansor yang tidak bersetuju dengan paparan negatif terhadap wanita pertama itu.

Pernah tersebar di internet satu klip video mengenai Rosmah Mansor berbentuk dokumentari pendek melibatkan orang yang tidak dikenali yang mendakwa diri mereka sebagai adik lelakinya, ibu saudaranya dan sepupu lelakinya mendakwa beliau lupa asal-usulnya termasuk kampung asalnya, selain mengupah samseng dan menggunakan khidmat bomoh.

Pelbagai cerita buruk satu demi satu muncul mengenai Rosmah Mansor ini tetapi hingga kini beliau masih lagi tidak dikenakan sebarang hukuman undang-undang oleh kerajaan baru iaitu Pakatan Harapan yang memerintah negara Malaysia ketika ini. Sejauh manakah kebenaran kisah buruk mengenai Rosmah Mansor ini hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Mungkin suatu hari nanti kebenaran pasti terbongkar cepat atau lambat sahaja. Sama-sama kita tunggu dan lihat. Siapa benar dan siapa yang salah. Pada masa itu sudah pasti segala persoalan yang bermain di minda seluruh rakyat Malaysia akan terjawab.

Reply