no comments

Pengadil Perlawanan Piala Sumbangsih 2017 Meninggal Dunia

Piala Sumbangsih 2017Disebalik kemeriahan saingan perlawanan pembukaan Piala Sumbangsih Johor Darul Takzim(JDT) menentang Kedah pada 20 Januari 2017, kita dikejutkan dengan satu kematian seorang pengadil 7.35 pagi tadi(20.1.2017).

Pegawai Bertugas Piala Sumbangsih di Larkin

Khairul Rizal yang merupakan seorang pengadil merupakan sepatutnya menjadi sebahagian daripada kumpulan pegawai perlawanan yang akan bertugas di perlawanan Piala Sumbangsih di Larkin.

Beliau yang berasal dari Negeri Sembilan menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7.35 pagi merupakan seorang guru dan juga pengadil FAM.

Beliau yang dikhabarkan mempunyai sakit yang teruk, terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan.

Namun begitu, beliau yang tidak mampu untuk sedarkan diri walaupun dibantu dengan mesin bantuan pernafasan.

Jenazah beliau kemudiannya dibawa dari unit rawatan rapi Hospital Columbia di Seremban 2 ke kediaman keluarganya.

Jenazah kemudiannya diuruskan sekitar jam 10.30 pagi di Surau Nasimil Hikmah di Sri Pulai 3.

Seterusnya, jenazah dibawa untuk solat jenazah selepas solat Jumaat dilangsungkan sebelum di bawa ke Tanah Perkuburan Islam Haji Mohamad Said di Seremban, Negeri Sembilan.

Allahyarham Khairul Rizal yang sepatutnya bertugas sebagai pengadil ke-4 pada perlawanan diantara JDT dan Kedah malam ini meninggalkan seorang isteri dan juga seorang anak yang merupakan seorang bayi.

Kami dari team Info Kini mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Khairul Rizal. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber Asal: Semuanya Bola

Kedah Juara Piala Sumbangsih 2017

Persaingan merebut Piala Sumbangsih 2017 telahpun tamat dengan keputusan kemenangan yang memihak kepada pasukan Kedah. Johor Darul Takzim(JDT) kalah di laman sendiri dengan penentuan sepakan penalti.

Perlawanan antara JDT vs Kedah berkesudahan 1-1 sehingga tamat perlawanan 90minit. Perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti. Brian Ferreira gagal menyenpurnakan sepakan ke-3. Liridon menjadi hero apabila menyempurnakan penalti kemenangan.

Ini adalah Piala Sumbangsih yang ketiga buat Kedah. Tahniah diucapkan kepada pasukan Kedah. Semoga terus maju jaya pada tahun ini. Kepada pasukan JDT, jangan cepat berputus asa kerana perlawanan baru bermula. Masih ada lagi peluang untuk memenangi piala pada tahun 2017 ini.

Reply