no comments

Pemain Import Terengganu Bagi Tazkirah Pada Pengadil, TMJ Sendiri Pun Tak Puas Hati!

Perlawanan CIMB Liga Super 2020 yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu semalam menyaksikan pertembungan Terengganu menentang Johor Darul Takzim (JDT). Keputusan mencatatkan Terengganu tewas tipis 0-1 kepada JDT menerusi jaringan pemain bintang, Safawi Rasid pada minit kelima.

Jaringan tunggal itu terhasil daripada kesilapan komunikasi antara penjaga gol dan pertahanan Terengganu, Argzim Redzovic-Shamirza Yusoff yang ‘menghadiahkan’ bola mudah kepada JDT.

Bagaimanapun, mutu pengadilan yang kurang berkualiti ketika aksi malam tadi menjadi asas perdebatan dan kecaman hebat peminat di media sosial.

Pada perlawanan itu pemain Terengganu FC nyata kecewa dengan keputusan pengadil selepas beberapa keputusan dibuat tidak berpihak kepada pasukan mereka. Pemain importnya, Sanjar Shaakhmedov dirakam sempat memberi tazkirah ringkas kepada pengadil semasa perlawanan itu.

Dalam ketidakpuasan hati, Sanjar tanpa melemparkan kata caci-makian sempat memberikan tazkirah sentap menusuk kalbu buat penjaga garisan. (Lih4t vide0 dibaw@h)

TMJ Sendiri Pun Tak Puas Hati

Perkara itu turut mendapat perhatian pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendakwa kualiti dipamerkan pengadil perlawanan sebagai teruk dan gagal mengawal perlawanan dengan baik.

Tanpa menyebelahi mana-mana pihak, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menyifatkan TFC sepatutnya mendapat satu atau dua penalti dan penyerangnya, Dominique Da Sylva perlu dilayangkan kad merah.

“Tahniah Terengganu. Masa depan yang cerah buat Terengganu FC. Sikap profesionalisme yang tinggi oleh ketua pasukan dan potensi yang tinggi oleh pemain muda.

“Bukan mudah untuk JDT. Pengadil teruk dan tidak mengawal permainan dengan baik. Sepatutnya satu atau dua penalti buat Terengganu dan kad merah terhadap penyerang Terengganu yang melakukan kekasaran (mengangkat kaki) yang tinggi.

“Apa pun perlawanan sudah tamat. Tahniah kepada kedua-dua pasukan. Padang dan stadium ‘first class’. Tahniah dan terima kasih,” kata TMJ yang membuat satu komen di laman Instagram, officialterengganufc.

Antara insiden yang dianggap pengadil, Wan Mohamad Tarmizi Wan Ibrahim sepatutnya memberikan sepakan penalti kepada TFC adalah ketika pemain tengah JDT, Natxo Insa mengasari Da Sylva.

Malah, beberapa pihak turut menganggap Da Sylva seharusnya dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran berbahaya apabila mengangkat kaki tinggi yang terkena bahagian dada Insa.

Dalam pada itu, pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain memberi komen- mereka telah beraksi lebih baik berbanding Johor Darul Ta’zim (JDT) di babak kedua tetapi gagal memanfaatkannya.

“Babak kedua, kita mengawal keseluruhan 45 minit. Mungkin boleh semak statistik pada malam ini. Dengan apa yang pemain saya telah tunjuk berdepan dengan JDT~yang mungkin malam ini kita lebih baik berbanding JDT, saya berbanggalah.

“Saya gembira dengan apa yang dipamerkan oleh pemain. Kita bukan kalah dengan mudah, kita beri tentangan daripada minit pertama sehingga ke minit ke-90. Selepas JDT menjaringkan gol, pemain-pemain saya mula bermain betul-betul,” ujarnya.

Reply