Menteri Pertanian Akui.. ‘Menangis Atas Pentas’ Hanya Gimik!
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub sendiri akui tangisannya ketika membacakan warkah yang ditulis seorang petani hanya sebagai gimik semata-mata. Katanya, seap program ada gimiknya.
“Sebagai seorang bekas petani dan orang kampung Tanjung Piai, beliau tahu betapa susahnya mereka. Itu sedikit sebanyak mempengaruhi jiwa saya. Kebetulan, bila PH menang saya dilank sebagai Menteri Pertanian. Ia memang gimik. Gimik itu adalah idea kita bersama.
“Tapi bila ia ditayangkan, ia ‘real’. Bila ia ‘real’ ia mempengaruhi emosi. Wak Ibas, wajah dia, ketuaan dia, dia naik motosikal. Habis minyak tengah jalan. Tumpang Hilux, sampai ke MOA nak beri surat kepada saya. Itu adalah aspirasi,” katanya
Beliau berkata demikian keka ditanya apakah yang menyentuh dirinya sehingga menangis keka membacakan warkah tersebut pada sidang media Program SWM Kasih Misi Sampul Merah di Pertubuhan Kebajikan Amitabha Malaysia di Taman Tasek, hari ini.
Salahuddin berkata, sebagai seorang lelaki, beliau bukan mudah untuk menangis.
“Tapi bila dia (Ibas) beri surat itu, setelah video itu ditayangkan dan kita pun pernah rasa duduk di situ. Surat itu benar-benar lahir, tulisan daripada kumpulan yang memang untuk mereka ditolong,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan fakta pihaknya, selepas 60 tahun petani dan nelayan di negara ini masih berada di dalam kelompok B40.
“Itu yang saya merinh sembilan bulan. Bagaimana saya harus berjuang untuk keluarkan mereka? 60 tahun dulu, tak boleh nak keluarkan. Saya sembilan bulan, saya rasa apa saya nak buat?
“Saya bekerja bersungguh-sungguh ke arah itu. Jadi, video itu mempengaruhi kita pada waktu itu. Dan kalau saya menangis pun, memang.. isu itu ‘real’,” katanya.
Ahli Parlimen Pulai itu berkata, ada apa yang beliau dapat jika ada yang melihat tangisannya itu satu lakonan atau sekadar untuk meraih simpati, sebaliknya beliau perlu bekerja dan menjawab kepada rakyat apa yang sudah serta akan dibuat sepanjang diberikan kepercayaan menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
“Sebab itu lima hala tuju itu, memerah tenaga, memerah otak, meminta pegawai-pegawai ternggi kementerian bersama saya dan mengambil masa hampir lebih enam bulan untuk melahirkan dokumen itu.
“Itu yang lahir semalam. Jadi saya hanya melahirkan perasaan saya selepas membaca surat itu. Dan watakwatak itu walaupun gimik, tapi.. Memang Wak Ibah itu seorang petani. Wajah dia, dia naik motor. Itu sebenarnya. Jadi, itulah yang boleh saya terangkan,” katanya.
Selain itu, Salahuddin berkata, sebagai menteri bertanggungjawab, beliau berasa berdosa pada masa akan datang jika dak berjaya mengeluarkan petani dan nelayan daripada kelompok B40.
“Itu cabaran besar untuk saya. Itu ilzam saya, itu yang saya akan laksanakan sepanjang saya diberikan kepercayaan menerajui MOA,” katanya.
Sementera itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meragui keikhlasan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub yang menangis selepas membaca warkah rintihan petani itu.
Najib berkata, apa yang dilakukan oleh Salahuddin itu sama seperti menteri Kabinet lain yang berusaha untuk meraih sokongan rakyat seolah-olah mahu meraih anugerah ‘Pelakon Terbaik’.
“Yang kena potong bantuan, petani. Tapi yang menangis atas pentas, Menteri. Salah baca skrip ke apa? “Lepas menis air mata, jangan buat kajian lama-lama dan tak ada ndakan. Bacalah kesusahan orang kampung hari ini,” katanya melalui kenyataan di Facebooknya.
Semalam, sepucuk warkah yang ditilipkan seorang petani dari Sungai Besar, Ibas Hamud menjenak jiwa Salahuddin sehingga membuatkn menteri itu menangis di atas pentas. Warkah ringkas yang diserahkan sendiri kepada Salahuddin pada Majlis Pelancaran Hala Tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani: Priori dan Strategi 2019 di Dewan Maeps itu mengandungi luahan petani tersebut yang kecewa apabila elaun sara hidup dab subsidi kerajaan kepada golongan berkenaan dipotong.