no comments

Maradona Sebenarnya Pejuang Palestin, Malah Mengaku Sebagai ‘Rakyat Palestin’

Kelincahan Maradona beraksi dalam kejohanan Piala Dunia di Mexico pada tahun 1986 memang tidak dinafikan lagi. Disebalik kegembiraan pasukan Argentina pimpinan Maradona mengalahkan pasukan England pada peringkat suku akhir Piala Dunia sebenarnya mempunyai kisah yang tersirat.

Kemenangan itu lebih meriah lagi apabila Argentina berjaya memenangi Piala Dunia pada tahun tersebut dan ianya adalah kali kedua dalam sejarah penyertaan Argentina dalam Piala Dunia.

Kemenangan Argentina ke atas England sangat simbolik kerana pada ketika itu baru sahaja berlaku pepɛrangan antara tentɛra Argentina dan tentɛra British kerana perɛbutan Pulau Falkland yang dituntut oleh Argentina.

Pepɛrᾶngan yang dimenangi oleh tentera British ini memberi satu tamparan hebat ke atas Argentina yang berusaha untuk mengembalikan Pulau Falkland ke tangannya dari jᾶjᾶhan pihak British.

Justeru itu perlawanan antara Argentina dan England mempunyai sentimen yang amat sensitif ke atas pasukan Argentina. Ia adalah soal maruah, mereka tidak boleh sekali lagi tewas di tangan England.

Walaupun ia hanyalah perlawanan bolasepak, akan tetapi kesannya sangat besar kepada rakyat Argentina. Maka oleh kerana itulah perlawanan tersebut sentiasa dikenang oleh peminat-peminat bolasepak dunia khususnya dua gol yang dijaringkan oleh Maradona.

Salah satunya gol tersebut menjadi kontroversi kerana Maradona menggunakan hujung jari tangannya menanduk bola masuk ke gawang England yang tidak dinafikan oleh pengadil dan satu lagi dianggap sebagai salah satu gol terbaik sepanjang zaman, apabila Maradona menggelecek 6 pemain England dari separuh padang lalu merembat masuk gol kedua Argentina.

Diego Maradona dan Perjuangan Palestin

Di sebalik kegemilangan dan kelincahannya dalam dunia bolasepak, ramai yang tidak tahu Maradona juga adalah penyokong kuat perjuangan pembebasan Palestin. Sepanjang kariernya terutama selepas persaraannya dari dunia bolasepak, Maradona tanpa segan silu tampil memberikan sokongan kepada Palestin.

Pada musim panas 2014 ketika Israɛl menyɛrang Palestin, Maradona menyatakan kemarahannya dalam satu kenyataannya dengan menyebut ” Apa yang sedang dilakukan oleh Israel adalah sesuatu yang cukup memalukan “.

Malah pada 2012, Maradona menyatakan bahawa beliau adalah peminat no. 1 rakyat Palestin dan menyatakan bahawa beliau menghormati dengan rakyat Palestin, kagum dengan semangat kental dan perjuangannya dan bersimpati dengan rakyat Palestin.

Malah dalam kunjungannya menemui Presiden Palestin Mahmoud Abbas beberapa tahun lalu, Maradona tanpa segan silu mengatakan bahawa beliau adalah rakyat Palestin. Begitulah kuatnya sokongan Maradona kepada perjuangan rakyat Palestin.

Terdapat banyak lagi kenyataan-kenyataan Maradona semasa hidupnya menyokong perjuangan Palestin malah dalam perlawanan bolasepak yang disertainya terutama selepas persaraannya samada sebagai pemain, perasmi perlawanan persahabatan atau amal, beliau tidak segan menyatakan sokongannya kepada Palestin.

Kemᾶtiᾶn Maradona disambut dengan sedih oleh rakyat Palestin terutamanya di media sosial malah Presiden Palestin Mahmoud Abbas turut merakamkan kesedihan atas pemergian lagenda bolasepak dunia tersebut.

Bagi rakyat Palestin, mereka menggangap Maradona adalah rakan dan sahabat yang memahami perjuangan keperitan dan kesusahan mereka yang dizalimi, ditindas dan diperlakukan seperti binatang oleh penjajah Zionis laknatullah.

Begitulah kisah seorang ikon bolasepak yang bukan sahaja hebat di padang tetapi juga hebat memperjuangankan keperitan hidup rakyat Palestin.

Walau Maradona meninggalkan kita semua tetapi saya percaya namanya akan kekal dalam ingatan kita bukan hanya sebagai ikon bolasepak tetapi juga ikon bukan muslim kepada perjuangan rakyat Palestin dalam membebaskan tanah airnya daripada Zionis Israel.

Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi

Reply