no comments

Lihat Apa di Dalam Bila Bola Rasmi Piala Dunia FIFA Dibelah

Perlawanan bola sepak merupakan satu sukan paling digemari seluruh pelusuk dunia. Tidak hairanlah jika penganjuran Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan seluruh dunia apabila pertandingan itu berlangsung.

Dengan sambutan menggalakkan merangkumi pelbagai lapisan umur, kerancakan sukan bola sepak menyebabkan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menganjurkan Kejohanan Piala Dunia pada setiap lima tahun.

Apabila tiba musim Piala Dunia FIFA bukan sahaja jersi pasukan-pasukan menjadi tumpuan, bola yang digunakan juga turut menjadi topik hebat dalam kalangan pemain dan juga masyarakat dunia.

Yang pasti setiap penganjuran Piala Dunia FIFA, bola rasmi yang digunakan adalah berbeza mengikut tuan rumah yang menganjurkan.

Bola sepak seringkali berbeza dari segi rekacipta atau corak pada bola selain berlainan teknologi.

Tidak hairanlah jika ada pemain bola sepak yang mengkritik bola yang digunakan untuk Piala Dunia kerana setiap bola berlainan teknologi yang digunakan.

Namun, pernahkah anda terfikir apa yang ada di dalam sebuah bola sepak rasmi yang digunakan oleh FIFA dalam edisi Piala Dunia mereka?

Menerusi satu video yang dimuat naik dalam halaman What’s Inside, beberapa orang lelaki telah membelah tiga biji bola bagi mengetahui perbezaan yang terdapat di dalamnya. Bola yang menjadi pilihan berbeza mengikut zaman yang digunakan.

Hasil daripada video berkenaan, bola Adidas Telstar yang digunakan dalam  Piala Dunia FIFA 2018 dilihat mempunyai hanya satu lapisan yang tebal manakala bagi bola Adidas Telstar 1970 yang sebelumnya mempunyai satu lapisan getah yang lain.

Berlainan pula bagi bola yang lebih terdahulu, kandungan di dalamnya adalah plastik yang dimampatkan ke dalam bola tersebut.

Jelaslah disini setiap edisi penganjuran Piala Dunia FIFA, teknologi pada bola sepak yang digunakan adalah berbeza mengikut peredaran zaman.

Jom kita tonton video penuh yang dikongsikan oleh Channel Youtube What’s Inside?:

Beberapa jenis bola sepak rasmi Piala Dunia FIFA yang pernah digunakan sebelum ini adalah seperti:

  1. Telstar(Piala Dunia 1970, Mexico)

2. Tekstar Durlast (Piala Dunia 1974, Jerman Barat)

3. Tanggo Durlast (Piala Dunia 1978, Argentina)

4. Tango Espana (Piala Dunia 1982, Sepanyol)

5. Azteca (Piala Dunia 1986, Mexico)

Senarai bola sepak rasmi yang di atas ini adalah sebahagian sahaja bola rasmi yang digunakan sebelum ini. Jika anda mahu melihat lebih banyak lagi bola sepak rasmi yang digunakan bolehlah mencarinya di Google.

Reply