Lee Chong Wei Juarai ‘All England’ Kali Ke-4
Lee Chong Wei Juarai ‘All England’ Kali Ke-4
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei juarai Kejohanan Badminton All England di Barclaycard Arena, Birmingham, Ahad.
Pemain No.1 dunia itu hanya mengambil masa 45 minit untuk menyingkirkan pemain muda China, Shi Yuqi selepas bermula baik pada set pertama dengan keputusan 21-12.
Pada set kedua, Chong Wei meneruskan rentak konsisten dengan menundukkan Yuqi 21-10 sekaligus merangkul gelaran pertamanya tahun ini.
Ditanya samaada Chong Wei mahu bersara, beliau terus menjawab akan terus mempertahankan gelaran ini pada tahun hadapan.
“All England antara kejohanan kegemaran saya dan akan turut bertanding pada aksi Kejuaraan Dunia di Glasgow (Ogos) nanti.
“Terima kasih kepada peminat-peminat yang terus menyokong saya”.
Sebagai rekod, Chong Wei meraih turut merangkul juara All England pada tahun 2010, 2011 dan 2014.
– Mstar Online