no comments

KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 27 OKTOBER 2015

Piala-Malaysia.jpg  KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 27 OKTOBER 2015

Berikut adalah keputusan perlawanan Piala Malaysia musim 2015 yang berlangsung pada malam tadi (27 Oktober 2015) membabitkan pasukan dari kumpulan A dan D.

KUMPULAN A

• JDT II 12 Terengganu
9′ Issey Nakajima
34′ Shahril Ishak
86′ Ismail Faruqi

KUMPULAN D

• Pahang 30 PDRM
28′ Dickson Nwakaeme
31′ 81′ Matias Conti

• Pulau Pinang 11 PKNS
16′ Lee Gil Hoon
43′ Alif Haikal

Pahang mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas PDRM di Shah Alam, sekaligus menempah tiket ke suku akhir. Jaringan pertama terhasil pada minit ke-28 permainan menerusi pemain import, Dickson Nwakaeme. Selang dua minit selepas itu, Pahang berjaya mendapatkan jaringan kedua menerusi Matias Conti. Perlawanan bersambung ke babak separuh masa kedua. sorakkan ultras ‘Tok Gajah’ sekali lagi menggegarkan stadium apabila Pahang sekali lagi merobek gawang ‘The Cops’, juga daripada Matias Conti menerusi tandukan hasil sepakan sudut.

PKNS berjaya mengikat Pulau Pinang 1-1. Jaringan telah berjaya dihasilkan oleh penyerang Lee Gil Hoon pada minit ke-17 buat Pulau Pinang manakala Alif Haikal Sabri menyamakan kedudukan pada minit ke-44.

Sementara di Pasir Gudang pula, Terengganu berjaya menundukkan JDT II selaku tuan rumah dengan keputusan 2-1. Penyerang berbisa Terengganu, Issey Nakajima menemui rentak permainan apabila menjaringkan gol seawal minit ke-9 perlawanan. Bagaimanapun, JDT II berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 34 menerusi Shahril Ishak. Memasuki masa kedua permainan, kedua-dua pasukan terdesak memburu gol, hinggalah ke hampir penghujung perlawanan pada minit ke 86, Ismail Faruqi menggegarkan jaring JDT II untuk meletakkan Terengganu kembali di depan dan seterusnya memenangi perlawanan.

Terengganu berada di landasan yang betul apabila berjaya memenangi 2 daripada 3 perlawanan terakhir bagi kumpulan A. Terengganu wajib memenangi perlawanan ketika bertemu Lions XII nanti, jika ingin melangkah ke slot suku Akhir.

Reply