no comments

KEPUTUSAN PENUH LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UCL) 21 OKTOBER 2015

Keputusan-Liga-Juara-Juara-Eropah.png KEPUTUSAN PENUH LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UCL) 21 OKTOBER 2015

Perlawanan ketiga peringkat kumpulan kejohanan Liga Juara-juara Eropah musim 2015/2016.

Pasukan terkuat dunia, Bayern Munich akhirnya tersungkur jua. Arsenal berjaya melakukan kejutan ke atas pelawatnya, Bayern Munich di Emirates dengan keputusan 2-0.

Walaupun penguasaan bola Bayern Munich yang mencecah purata 68%, Arsenal kental bertahan. Tetapi sentiasa berbahaya apabila naik menyerang.

Pada minit ke 34 permainan, Theo Walcott membuat tandukan padu dihadapan gawang. Namun, penjaga gol, Manuel Neuer berjaya yang menyelamatkannya. Bagaimanapun kesilapan Neuer membaca sepakan percuma Santi Cazorla pada minit 77′ memberi peluang kepada Olivier Giroud untuk menanduk masuk gol pertama Arsenal.

Ketika Bayern sibuk mencari gol penyamaan, Hector Bellerin pantas merampas bola hantaran daripada Thiago sebelum membawa lari bola ke kotak penalti dan membuat hantaran lintang kepada Mesut Ozil. Neuer berjaya menepis keluar percubaan Ozil. Tetapi pembantu pengadil mengesahkan percubaan Ozil sudah melepasi garisan gol.

Kemenangan 2-0 Arsenal ini menghidupkan kembali peluang Arsenal untuk layak ke peringkat seterusnya dalam kejuaraan berprestij ini.

Berikut adalah keputusan penuh Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang berlangsung pada awal rabu, 21 Oktober 2015:

• BATE 02 Barcelona
56′ 68′ Rakitic

• Bayer Leverkusen 44 Roma
4′ rig
19′ Hernandez
30′ 38′ De Rossi
54′ Pjanic
73′ Falque
84′ Kampl
86′ Mehmedi

• Arsenal 20 Bayern München
77′ Olivier Giroud
90′ Mesut Ozil

• Dinamo Zagreb 01 Olympiakos
79′ Ideye

• Porto 20 Maccabi Tel Aviv
37′ Aboubakar
41′ Yacine Brahimi

• Dynamo Kyiv 00 Chelsea

• Zenit 31 Olympique Lyonnais
3′ Artem Dzyuba
49′ Alexandre Lacazette
55′ Hulk Paraíba
81′ Danny

• Valencia 21 Gent
14′ Sofiane Feghouli
40′ Foket
72′ Mitrovic (OG)

Manakala,

Jadual perlawanan awal pagi esok (22/10/2015)

• 2:45am Malmö FF vs Shakhtar Donetsk
• 2:45am PSG vs Real Madrid
• 2:45am CSKA Moskva vs Man United
• 2:45am Wolfsburg vs PSV
• 2:45am Atlético Madrid vs Astana
• 2:45am Galatasaray vs Benfica
• 2:45am Juventus vs Borussia M’gla
• 2:45am Manchester City vs Sevilla

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close