no comments

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah – 15 Februari 2017

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah – 15 Februari 2017

Perlawanan pertama pusingan 16 liga juara-juara eropah, mencatatkan kekalahan Borussia Dortmund, ditangan Benfica dengan keputusan jaringan 1-0 di Estadio da Luz,Portugal.

Gol tunggal Benfica itu terhasil di minit ke-48 masa tambahan babak pertama menerusi Kostas Mitroglou.

Bagaimanapun, selepas 13 minit babak kedua bersambung Dortmund dihadiahkan sepakan penalti. Namun, gagal disempurnakan Pierre-Emerick Aubameyang, selain terlepas dua peluang menarik untuk memecah kebuntuan buat Dortmund.

Manakala keputusan di Paris pula menyaksikan kejutan apabila gergasi sepanyol Barcelona, dibelasah teruk oleh pasukan tuan rumah PSG dengan jaringan 4-0.

Angel Di Maria menyumbat dua gol menarik ketika melakar kemenangan bergaya itu ke atas Barcelona 4-0 di Parc des Princes.

Bekas bintang Real Madrid & Manchester United itu membuka tirai jaringan pada minit ke-18 menerusi sepakan percuma sebelum melencongkan bola yang menerjah jaring bagi gol kedua peribadinya 10 minit selepas babak kedua bersambung untuk meraikan hari lahir ke-29 dengan bergaya.

Pemain yang ditandatangani bulan lalu Julian Draxler turut menyumbat gol sementara Edinson Cavani yang juga menyambut hari jadinya ke-30 tidak ketinggalan mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-71 sekali gus melengkapkan kemenangan bergaya PSG.

Kekalahan Barcelona itu satu lagi kejutan selepas kali terakhir mereka tewas dengan jaringan besar dalam kancah saingan Eropah di tangan Bayern Munich 7-0 secara agregat pada separuh akhir 2013.

Mereka kini di ambang penyingkiran pertama kali daripada suku akhir dalam satu dekad dalam pertandingan elit itu, kecuali mereka mampu bangkit dalam aksi timbal balas di Camp Nou bulan depan.

Ia adalah malam buat PSG dan barisan Unai Emery hampir pasti melangkah ke suku akhir buat kali kelima berturut-turut.

  • Paris Saint-Germain (FRA)  4 – 0  Barcelona (ESP)
  • Benfica (POR) 1 – 0 Borussia Dortmund (GER)

Reply