Keputusan EPL: Arsenal Terus Merosot, Kalah 3-1 Kepada West Brom
EPL: Arsenal Terus Merosot, Kalah 3-1 Kepada West Brom
Prestasi skuad Arsenal dibawah kendalian Arsene Wenger terus merosot. Keputusan kalah 3-1 ditangan West Bromwich sebentar tadi.
Craig Dawson meletak West Brom di depan pada minit ke-12, dengan pemain simpanan Hal Robson-Kanu kembali memberikan kelebihan selepas Alexis Sanchez menyamakan kedudukan buat Arsenal, dan Dawson menjaringkan gol keduanya ketika permainan berbaki 15 minit.
Ia adalah kekalahan keempat Arsenal dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris dan membantutkan peluang mereka untuk merapatkan jurang lima mata dengan kelompok empat teratas.
Wenger dikritik hebat selepas kekalahan 10-2 secara agregat di tangan Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara.
Pengendali dari Perancis itu turut kehilangan penjaga gol Petr Cech yang mengalami kecederaan ketika babak pertama, dengan David Ospina masuk menggantikannya.
– BH Online